Koleksi Resepi Mudah

Top Ads

Resepi Sup Tauhu Telur Yang Simple

Resepi Sup Tauhu Telur Yang Simple. Dah lama admin takde share resepi baru untuk korang semua. Paling tidak admin akan re-publish entry lama agar blog resepi ni masih aktif dan dikunjungi oleh peminat resepi tempatan. Resepi orang-orang kita la hehe

Resepi tauhu telur / tauhu jepun ni memang mudah disediakan Dan amat sesuai untuk orang muda @ orang bujang mencubanya. Kami bersahur tadi pun buat sayur ni, disukai oleh satu family. Bila mata masih mamai, kita akan suka sayur atau lauk yang mudah dihadam. Lembut je kat mulut. Tak perlu bersungguh-sungguh nak kunyah. Setuju tak?

Resepi Sup Tauhu Telur Yang Simple

Resepi Sup Tauhu Telur Yang Simple 


Bahan-bahan:

2 ketul tauhu jepun
2 biji cili padi - dihiris
2 biji bawang kecil - hiris
1 biji bawang putih - hiris
1 batang kecil kayu Manis
2 biji telur
Air secukupnya
Garam dan serbuk perisa

Cara menyediakan sup tauhu telur yang mudah


1. Goreng tauhu telur hingga garing, Dan ketepikan

2. Tumis bawang kecil, bawang putih, cili padi dan kayu manis hingga naik bau. 

3. Masukkan air secukupnya dan biar mendidih. Kemudian pecahkan telur sehingga telur nampak masak.

4. Masukkan tauhu telur yang telah digoreng tadi, kacau rata.

5. Akhir sekali perisakan dengan garam dan secukup rasa maggi. Siap!

Resepi Sup Tauhu Telur Yang Simple

Resepi Sup Tauhu Telur Yang Simple

Memang mudah ya anak-anak newbie, sedap masak sayur simple macam ni untuk bersahur. Memang membuka selera.

Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close