Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Biskut Bangkit Santan Sukatan Cawan Yang Ringkas

Cara Buat Biskut Bangkit Santan Sukatan Cawan Yang Ringkas. Biskut bangkit yang tradisional tanpa cheese atau pun warna warni yang beraneka masih jadi pilihan utama saya. Ia tetap hidup dalam kenangan kami adik beradik walau telah berlalu di telan zaman.. huhu..

Sewaktu jalan kat pasar cari lauk pauk pun ada orang jual kuih bangkit walau bukan musim perayaan. Maknanya, kuih biskut bangkit memang jadi makanan yang dijual pada hari biasa kerana ada permintaan. Kalau di shopping complex pun ada dijual kuih bangkit sepanjang masa. So, tak ada hal jika bagi mereka yang teringin makan biskut tradisional itu sepanjang masa.

RELATED ... Biskut Rangup Cadbury

Biskut bangkit yang asli sedap rasanya, lemak santan kelapa begitu terasa.. rangup dan hilang di mulut. Cukup sekadar santan kelapa, tak perlu perisa cheese dan sebagainya.. ia tetap jadi pilihan atok nenek mak bapak kita tak mengira masa.

Cara Buat Biskut Bangkit Sukatan Cawan Yang Ringkas

Resepi Buat Biskut Bangkit Santan Sukatan Cawan


Bahan-bahan:

3 cawan rata tepung ubi (+-300g)
1/2 cawan tepung gandum (+-50g)
1 cawan atau lebih pati santan dari sebiji kelapa (tak campur air)
1 cawan rata gula ising(+-130g) - ( yang ini untuk manis sederhana. Kalau nak manis betul gunalah gula halus/gula kisar)
2 biji kuning telur grade B
sehelai daun pandan disiat & disimpul
sedikit bijan utk hiasan - (jika suka)
1/2 sudu kecil baking powder - boleh tambah jika suka


Cara Buat Biskut Bangkit Santan Sukatan Cawan Yang Ringkas 


Cara Buat Biskut Bangkit Sukatan Cawan Yang Ringkas

1. Campur kedua-dua jenis tepung lalu digoreng tanpa minyak (sangrai) dalam kuali hingga ringan. Kemudian ayak dan sejukkan. Kalau ikut mak saya, dia jemur aje tepung tu kat panas terik... boleh jugak.

2. Masak santan bersama daun pandan hingga mendidih - ketepikan.

3. Ayak gula ke dalam mangkuk. Campur kan telur lalu dikacau hingga sebati. Mula-mula memang susah sikit, kemudian jadi mudah. Kacau dgn pemukul telur manual hingga sebati., tapi kalau dienjut hingga kembang lagi baik hasilnya.

4. Gaul tepung bersama telur rata-rata, tambah santan sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh. kuih bangkit ni kena banyak uli. uli dengan tapak tangan macam uli doh. agak-agak doh tu boleh di canai ok lah tu. Santan tidak smestinya habis digunakan..

5) Ambil seketul doh, gelek dengan penggelek antara dua helai plastik. Celup acuan dalam tepung sebelum menerap kuih. Susun atas loyang yang telah dilenser dengan majerin dan ditabur sedikit tepung. setiap kali nak canai & gelek doh kena diuli lagi supaya kuih jadi rangup.

6) Sapu dengan nipis ditengah-tengah atas kuih dengan putih telur lalu ditabur sedikit bijan. Putih telur bertujuan untuk lekatkan bijan saja, jangan sapu berlebihan, takut serap pada doh yang akan mnyebabkan biskut jadi keras. (kalau tak letak bijan, tak perlu putih telur...)

7) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu +- 150 darjah celcius selama 30 minit atau hingga masak. Ikut kepanasan oven masing-masing..

8) Bila sudah masak, boleh masukkan dalam balang.

Selamat mencuba. Kuih bangkit santan atau bangkit asli dibuat secara tradisional. Sedap dimakan ketika panas atau sejuk. Kuih bangkit santan ini juga tahan lama jika disimpan dalam bekas kedap udara. Jika tidak, lemau jugak dibuatnya.  

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close