Berbuka Puasa Ramadan Hari Ke 28. Apa menunya? Tentulah Siakap 3 rasa kegemaran anak bujang bongsu ku itu. Bila ditanya terus cakap nak siakap tiga rasa. Puasa dah masuk minggu terakhir tapi kita orang baru empat kali berbuka puasa di luar. Sebelum ni bila tinggal berdua, nak makan di luar pun tak ada mood ..

Seekor ikan siakap untuk tiga orang dewasa. Memang puas makan dan cukup sampai kekenyangan. Yang bestnya adalah part meratah tulang dia. Dengan sosnya lagi, memang sedap. Syukur alhamdulillah.







Set yang kita orang order adalah :
1. Ikan siakap seekor - masak 3 rasa
2. Sotong goreng tepung untuk 2 orang makan
3. Kailan goreng biasa
4. Telur dadar untuk 2 orang makan
5. Tomyam campur untuk 1 orang makan
6. Air nescafe ais, teh tarik dengan jus apple.
Biasanya kos kita orang bayar untuk menu di atas adalah RM95 - RM105.
Okay, bye.. selamat berpuasa semua.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.




0 Comments