Kari Kepala Ikan Merah + Siakap. Memang ikan merah dan siakap adalah 2 jenis ikan yang sedap untuk dimasak kari. Maka sebab itu saya masak kari kepala ikan merah dengan ikan siakap untuk menambahkan kesedapanya & kelazatannya!






Resepi Kari Kepala Ikan Merah Dan Ikan Siakap
Bahan-bahan:
1 keping kepala ikan merah
2 ketul kepala ikan siakap
1 tangkai daun Kari
Rempah tumis - bunga lawang, kayu manis dan bunga cengkih
1 biji bawang besar - hiris
2 biji bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
2 sudu makan Kari ikan
1 kotak santan
1 sudu teh Asam jawa
Bendi secukupnya

Cara Menyediakan Kari Kepala Ikan Merah Dan Ikan Siakap
1. Tumiskan rempah tumis dengan daun kari hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari ikan, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk. Curahkan bancuhan air Asam jawa. Kacau rata dan biarkan seketika.
2. Masukkan kepala ikan merah dan siakap. Kacau rata.
3. Masukkan santan, kacau rata. Kecilkan api hingga mendidih. Perisakan dengan garam dan gula, ikut suka.
4. Akhir sekali masukkan bendi dan tomato, jika suka. Matikan api. Kari kepala ikan merah dan siakap siap untuk dihidangkan.

Kari kepala ikan merah ni kesukaan En suami. Kalau ada ikan merah terutama bahagian kepala, dua je dia mintak samada asam pedas atau kari.
Kedua-dua jenis ikan yang disebutkan di atas tadi memang amat sesuai untuk di masak dengan menu kari. Memang tak toleh kiri kanan bila dah dapat kari kepala ikan merah! Hehe..👌
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.


0 Comments