Koleksi Resepi Mudah

LAIN-LAIN RESEPI MENARIK >>>>

Resepi Ayam Goreng Kunyit Dengan Madu

Resepi Ayam Goreng Kunyit Dengan Madu. Menu berasaskan ayam memang ramai yang suka termasuklah keluarga saya. Kedua-dua anak bujang saya suka makan bahagian isi atau dada ayam. makanya, saya selalu beli isi ayam yang dah siap di potong, beli bahagian isi sahaja. Bukan seekor ayam. Faham kut maksud saya? Hehe..

Banyak resepi yang boleh di gayakan dengan isi ayam termasuklah:

1. Ayam goreng kunyit
2. Chicken tender
3. Tomyam ayam
4. Chicken Strip
5. Bebola ayam

Resepi Ayam Goreng Kunyit Dengan Madu

Resepi Ayam Goreng Kunyit Dengan Madu

Resepi Ayam Goreng Kunyit Dengan Madu


Mehlah kita tengok resepi ayam goreng kunyit dengan madu. Sebab apa letak madu? Supaya ayam tu nampak berkilat. Lebih bersemangat nak makan.

2 ketul dada ayam – potong kecil
1 sudu makan tepung bestari – boleh tambah 1 sudu lagi jika nak garing
1 sudu makan serbuk kunyit 
1 sudu makan serbuk kari 
1 sudu teh garam 
1 biji bawang merah – hiris tebal 
1 inci halia – hiris halus 
Lada merah – hiris halus 
Lobak merah – potong kecil (pilihan)
Bunga kubis secukupnya (pilihan)
Kacang buncis secukupnya 
1 sudu makan madu

Resepi Ayam Goreng Kunyit Dengan Madu

Cara Penyediaan:


1. Gorengkan ayam yang telah disalut dengan tepung bestari, serbuk kunyit, serbuk kari dan garam. Goreng sehingga garing

2. Kurangkan minyak gorengan ayam tadi. Masukkan pula ke dalam ayam tersebut semua bahan hiris seperti bawang merah, halia, cili hidup/ cili padi, lobak, kacang buncis, - sehingga sedikit layu.

3. Kacau rata dan perisakan dengan garam, jika belum masin. 

4. Akhir sekali masukkan satu sudu madu ke dalam masakan serta kacau rata.

5. Ayam goreng kunyit kelihatan berkilat dan sedap di makan sehingga bertambah nasi.

Selamat mencuba ya kekawan & adik-adik sekalian.   
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments