Koleksi Resepi Mudah

LAIN-LAIN RESEPI MENARIK >>>>

Sarapan Lontong Basah Yang Sangat Sedap!

Sarapan Lontong Basah Yang Sangat Sedap! Alkisah dah lama sebenarnya saya tak breakfast sorang-sorang kat luar. Kalau tak dengan En suami, ada anak bujang yang tolong temankan. Bukan takut tetapi segan, terasa macam ada orang perhati je..

Tetapi, hari Khamis lepas, saya keluar awal iaitu pukul 7.30 pagi khuatir jalan jem teruk seperti semalamnya. Namun, jalan tak jem ya! Memang bagus tetapi saya tersampaj awal sangat kat opis iaitu dalam pukul 7.40 pagi. Sedangkan opis bukak pukul 8.30 pagi.

Tu yang akhirnya saya terjebak breakfast keseorangan. Hehe..

Sarapan Lontong Basah Yang Sangat Sedap!

Kita order lontong basah style Johor. 🥰🥰🎈 Style johor tu maksudnya lontong pakai santan pekat dan ada tauhu dan suhun di dalamnya. Ada sesetengah tempat kuah lontongnya @ kuah lodeh terdapat udang di dalamnya. Tak kisah style mana, yang penting sedap. 

Sarapan Lontong Basah Yang Sangat Sedap!


Layanlah gambar lontong basah saya yang sedap sangat. Korang tengok sambalnya yang merah menyala pun dah tau, tak pedas pun...

Kuahnya warna kuning keemasan, itu tanda peniaga tersebut menggunakan santan yang banyak untuk kuah lodehnya. Masa hirup kuah lontong tu, terasa kepekatannya dan manis santan kelapa tu.

Sarapan Lontong Basah Yang Sangat Sedap!

Sarapan Lontong Basah Yang Sangat Sedap!

Telur rebus pun tak lembik sebab dia goreng dulu baru simbah dalam kuah lontong. Hehe.. harap korang faham la bahasa yang saya gunakan.

Kuah lontong tu cukup sifatnya, ada kobis, suhun, carrot, dan tauhu. Dia bukan pakai sebarang je taw.

Alhamdulillah, dalam keseorangan saya ditemani semangkuk lontong basah yang amat sedap!    
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments