Koleksi Resepi Mudah

LAIN-LAIN RESEPI MENARIK >>>>

Nasi Hujan Panas, Nasi Yang Berwarna Warni

Nasi Hujan Panas, Nasi Yang Berwarna Warni. Rasanya ini pertama kali kami makan nasi hujan panas. Warnanya macam pelangi, itu agaknya dia dinamakan nasi hujan panas. Kan pelangi keluar selepas hujan panas? Iya ke? Hehe.. gitulah budak-budak chinese cakap. Saya dengarkan je, tak percaya sangat pun.

Asalnya nak cari beriani ayam dan kambing kat pasar malam. Siapa sangka stall beriani tutup pula. 

Nasi Hujan Panas, Nasi Yang Berwarna Warni

Jalan-jalan dan pusing pusing, terjumpa gerai jual nasi hujan panas. Nampak gaya nasi dia lembut dan bau wangi macam nasi minyak. 

Memang betul.. bila makan tadi nasi hujan panas dan lauk ayam masak merah dia memang ngam dan lembut betul. Dalam tak sedar habis licin pinggan saya. En suami beli lauk kambing. Hmm.. saya tengok dia lagi licin dari saya. Haha..

Nasi Hujan Panas, Nasi Yang Berwarna Warni

Nasi Hujan Panas, Nasi Yang Berwarna Warni

Beli sate lagi dan lagi.. entah dah berapa kali En suami beli sate bulan ni. Kita layan kan je. Sebab kita pun suka sate 🥰

Ada juga beli popiah basah. Inti sengkuang dia banyak. Krup krap bila dikunyah. 

Nasi Hujan Panas, Nasi Yang Berwarna Warni

Licin dah semua makanan dan air cendol kami kerjakan. Beli pun sikit-sikit je untuk sekali makan. Kalau beli berlebihan kan membazir bila tak habis. Betul tak?

Kalau ada duit lebih, menyimpan adalah lebih baik. Saya pun stop dulu beli barang kemas. Harga terlalu mencanak naik. Takut kita tengok.. eh tetiba cerita pasal emas pulak!! Haha.. 🤭🤭

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments