Bawal Goreng Kunyit Menu Berbuka Untuk Bonda. Mybonda suka puasa isnin & khamis setiap minggu. Jadi, khamis lepas kami sediakan menu berbuka puasa dengan ikan bawal. Ikan bawal ni En suami dapat masa mancing cuti Hari Wesak yang lepas. Ikan bawal tu saiz agak besar hinggakan saya boleh potong 3 bahagian untuk goreng kunyit je. Baunya pun segar lagi. Dalam fikiran kata, mesti lembut dan sedap ikan ni..





Mybonda tak boleh makan pedas, so kita gorengkan ikan bawal dengan sayur kentang dan suhun masak air (macam sup bodoh la.. 😅😅😅).

Bawal Goreng Kunyit Menu Berbuka Untuk Bonda
Jom kita layan gambar menu berbuka untuk mybonda.


Ada beberapa lauk lain selain ikan bawal goreng kunyit. Lauk asam pedas ikan merah dan sayur kentang dengan suhun masak air saya yang masak. Telur dadar garing anak bujang yang masak. Hehe.. masing-masing nak bagi yang terbaik untuk meraikan orang yang berpuasa.


Semoga kita semua direzekikan dengan makanan yang halal lagi berkat. Insha Allah.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.


0 Comments