Air Limau Asam Boi Penghilang Dahaga. Alkisah tadi kami pergi minum petang kat restoran berhampiran rumah. Keluar dari rumah dah selepas zohor, memang keadaan restoran agak sepi sedikit. Jadi, menu yang dipesan memang cepat sampainya ke meja kami. Antara menu air yang kami pesan adalah aiskrim yem dan ais limau asam boi.






Air Limau Asam Boi Penghilang Dahaga
Sebenarnya mudah je nak buat ais limau asam boi ni. Sediakan bahan-bahan berikut;-
Air sejuk
Air batu
Asam boi
Limau kasturi
Air gula
Jus sirap berwarna hijau
Cara menyediakan:
1. Bancuh air sejuk dan jus sirap hijau bersama air gula hingga sebati.
2. Belah dua asam boi dan limau kasturi, buang bijinya
3. Masukkan dalam bancuhan air tadi dan kacau seketika. Akhir sekali masukkan air batu.
4. Ais limau Asam boi siap untuk diminum.


Sambil-sambil minum ais limau asam boi, minum petang kami digandingkan dengan cucur ikan bilis. Nyaman je rasanya ngopi² kami ni, santai dan makan perlahan-lahan.
Hampir 3.30 petang, kami bergerak ke kedai perabot untuk mencari almari kecil bagi mengemas barang-barang di dapur yang sudah berselerak.
Semoga selesai semuanya hari ini, iaitu aktiviti hari isnin yang dalam mood bercuti.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.


0 Comments