Makan Mee Goreng Mamak Sambal Ayam. Ini corat coret kami makan kat restoran nasi kandar pada sabtu hari tu, nak breakfast tapi tak tau nak order menu apa,. last-last order mee goreng mamak sambal ayam. Lepas tu sebelum balik, sempat order Nasi beriyani ayam untuk my bonda dan orang lain di rumah.. so, memang tak masak la kat rumah 😅😂😂



Makan Mee Goreng Mamak Sambal Ayam
Sambil makan mee goreng mamak sambil juga kita layan world cup, Spain lawan Uruguay. Finally Spain yang menang dan mee goreng mamak saya pun habis. Pada awalnya takut tak habis sebab portion mee nya agak banyak, tapi habis jugak. Hehe..
Rasa mee gorengnya pun nice, tak pedas sangat dan kurang berminyak. Alhamdulillah.

Korang nampak tak mee gorengnya selambak gitu, ingat tak habis makan.. rupanya habis jugak. Lepastu order jugak roti canai garing .. nasib baik ada anak bujang tolong habiskan.
Pernah tak korang mengalami situasi pada sesuatu masa sukar nak pilih makanan yang nak di telan? Kenapa jadi macam itu? Mungkinkah tekak kita dah mula memilih hanya makanan tertentu yang boleh masuk ke perut? Entahlah ...
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.



0 Comments