Resepi Sayur Rebus Kobis Cina Dengan Suhun. Sayur inilah yang selalu buat orang susah nak diet, sebab makan sayur rebus dah sesuai menu diet tetapi... bila dikombinasikan dengan sambal belacan, ikan goreng atau ayam goreng dan tempe goreng, memang tak ingat dunia!! Makan bertambah beb!

Baiklah.


Resepi Sayur Rebus Kobis Cina Dengan Suhun
Jom kita tengok resepinya. Resepi sayur rebus @ bening tanpa minyak.
Bahan-bahan:
Kobis Cina - separuh, dan hiris
2 biji tomato - hiris
1 bungkus kecil suhun - direndam
1 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
Sedikit ikan bilis
Garam / secukup rasa

Cara menyediakan sayur rebus
1. Dalam periuk, masakkan air hingga mendidih. Masukkan semua bahan iaitu bawang merah, bawang putih, tomato dan kobis. Kacau rata.
2. Masukkan suhun yang telah direndam terlebih dahulu. Tunggu sebentar.
3. Akhir sekali, masukkan serbuk secukup atau garam, ikut citarasa.
Siap untuk dihidangkan!!
Inilah sayur bening Kesukaan anak bujang bongsu dengan mak toknya sekali. Kalau ada sayur rebus ni, boleh habis nasi seperiuk.. hehe. Dimakan pula bersama dengan ayam goreng atau ikan goreng. Memang ngam.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.



0 Comments