Koleksi Resepi Mudah

Resepi Sengkaya Pandan Dengan Roti Kukus Berwarna Warni

Resepi Sengkaya Pandan Dengan Roti Kukus Berwarna Warni. Ada yang sebut sangkaya dan ada juga yang sebut sengkaya. Restoran faveret saya tulis sengkaya dalam menu. Sampai hari ini kami sebut 'Sengkaya'. Walau apa sebutan, rasa dia tetap sedap di tekak kami. 

Tapi dalam entri ini kami hanya share resepi sangkaya dan bukan resepi buat roti kukus ya. Roti kukus kita belajar resepinya di lain kali. 😅😅

Resepi Sengkaya Pandan Dengan Roti Kukus Berwarna Warni


Resepi Sengkaya Berwarna Warni


Saya nak kongsikan resepi sengkaya yang berwarna warni, bukan rotinya saja cantik.. kuah kaya dia pun cantik!!

1. Pilihan Sengkaya Berbagai Perisa dan Warna


Bahan-Bahan Asas :

Santan pekat atau susu cair: 200 ml
Telur: 1 biji
Tepung jagung: 2 sudu besar
Gula pasir / Gula melaka: 3 sudu besar
Secubit garam 

Jika nak buat pelbagai perisa/ warna:

Hijau: Ganti 50 ml air dengan jus kisaran 5 helai daun pandan + 3 titik pewarna hijau.
Kuning (Jagung): Tambah 2 sudu besar pes jagung manis + 3 titik pewarna kuning.
Ungu (Keladi): Tambah 1 sudu kecil pes keladi (taro) + 3 titik pewarna ungu 

Cara Penyediaan


1. Satukan bahan: Gaul sebati semua bahan di dalam periuk menggunakan pemukul telur (whisk) sehingga tidak berketul.
2. Masak perlahan: Masak di atas api sederhana sambil dikacau tanpa henti supaya adunan tidak berkerak dan menjadi likat.
3. Tutup api: Angkat apabila adunan berkrim dan berkilat, kemudian hidangkan bersama roti kukus atau roti bakar

Oleh kerana kami suka makan sangkaya, jadi kami cari juga cara-cara lain untuk resepi sangkaya tersebut. Jom tengok resepi kedua pulak.

Info Yang Anda Cari:

2. Sangkaya Pandan Dengan Cara Homemade:


Bahan² :

250ml Santan (kara)
1 biji telur
2 cawan susu cair
1 ketul gula melaka
8 sdb gula putih (ikut kemanisan ye)
3 sdb tepung jagung
6 sdb tepung beras
pewarna hijau

Bahan kisar :

5 helai daun pandan (saiz besar)
-kalau size kecil pun boleh nak bagi wangi dan rasa pandan ori
air

Cara² :

1. Blender daun pandan dan tapis dua kali .
2 . Campur semua bahan dengan air pandan . Buka api sederhana besar . Kacau sampai jadi likat dan pekat . Masak dalam 30 minit dan boleh dihidangkan .
3. Boleh disimpan di dalam peti , tahan dalam 3-4 hari .
 
Sangkaya boleh dibuat sebagai kuah kuih cakoi, apam, lempeng dan roti kukus.

Selamat mencuba
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments