Ayam Bakar Madu Yang Sedap Dan Juicy. Nasi ayam makan dengan ayam bakar madu, memang padanan yang terbaik, terhasil dari air tangan anak bujang sulung kami yang dah pun tamat pengajian dari universiti luar negara. Baru balik Malaysia dalam 2 minggu, dah masak macam-macam untuk kami. Alhamdulillah.
Dari malam tadi dah dengar bunyi blender, entah apa yang dibuat. Bila bangun pagi, tengok dalam peti ais ada ayam yang dah siap di marinate dengan segala bahan termasuk madu. Bau harum dari bahan perapan tersebut naik ke hidung. Sedapnya.. tak sabar nak makan ayam bakar madu dengan nasi ayam untuk lunch nanti.


Untuk membuat perapan ayam madu yang lazat dan mesra-pekat, satukan bahan utama: madu, bawang putih, halia, serai, kicap manis, sos tiram, garam dan sedikit serbuk cili untuk rasa yang seimbang. Perap selama sekurang-kurangnya 4 jam di dalam peti sejuk sebelum dibakar untuk hasil terbaik dan juicy.



Semua hidangan sampingan untuk dimakan bersama nasi ayam adalah air tangan anak bujangku. Sup ayam yang segar, sos kicap dan sos cili dengan rasa yang sedap menambahkan keenakan set nasi ayam bakar madu yang disediakannya.


Ayam Bakar Madu Yang Sedap Dan Juicy
Nak buat ayam bakar madu? Senang je... ambil bahan yang dicampurkan semuanya dan lumur pada ayam.
Bahan-bahan
1 ekor ayam - potong 12 bahagian
Bahan perapan
Madu - 4 sudu besar
Bawang putih - 5 ulas (kisar)
Halia 2 inci (kisar)
Serai 1 batang (kisar)
Kicap Manis ABC - 2 sudu besar
Sos tiram - 2 sudu besar
Sedikit serbuk cili untuk rasa pedas
2 sudu makan sos cili
Secubit garam
Caranya ;



Tukang perabis adalah si adik yang membantu membasuh pinggan mangkuk di sinki selepas si abang habis memasak.
Alhamdulillah.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.



0 Comments