Koleksi Resepi Mudah

Resepi Ayam Goreng Telur Masin

Resepi Ayam Goreng Telur Masin. Ayam goreng telur masin banyak je jual kat restoran hipster kegemaran anak muda sekarang. Ayam geprek, ayam gepok semua tu dah bersepah di mana-mana restoran yang jual. Jadi, kalau korang suka makan ayam goreng telur masin dan nak buat sendiri, di bawah ini kami sertakan resepinya.

Resepi Ayam Goreng Telur Masin

Resepi Ayam Goreng Telur Masin


Bahan-bahannya;

2 keping dada ayam tanpa tulang (lebih kurang sebesar tapak tangan orang dewasa, setiap sekeping)
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 biji telur saiz kecil
3/4 cawan tepung beras
1/4 cawan susu sejat
2 sudu besar penuh serbuk telur masin Adabi
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 - 5 biji cili api, hiris
3 tangkai daun kari
1 sudu besar penuh mentega (nak sedap, guna pure butter, kalau takde, buttercup pun ok)

Info Yang Anda Cari:

Cara Penyediaan Ayam Goreng Telur Masin


1. Isi ayam dipotong kurang lebih saiz ibu jari, cuci bersih dan toskan. Gaul dengan garam dan serbuk lada sulah, perap 20 minit. 

2. Masukkan telur dan gaul rata, tambah tepung beras, gaul hingga semua potongan ayam bersalut dengan tepung. 

3. Kemudian goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyaknya. Pastikan goreng satu-satu agar isi ayam tidak melekat antara satu sama lain..

4. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 2 sudu besar. Masukkan mentega dan bila mentega cair, masukkan daun kari dan cili padi, masak dengan api kecil hingga wangi, tambah bawang putih cincang dan masak sekejap.

5. Masukkan susu cair, kacau rata dan tambah serbuk telur masin. Kacau hingga sebati, pastikan api kecil. 

4. Bila berbuih, boleh masukkan ayam tadi dan gaul hingga rata. Matikan api dan hidangkan segera. Makan macam tu pun sedapp!..

Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments