Koleksi Resepi Mudah

Resepi Nasi Dagang Yang Cantik Berderai

Resepi Nasi Dagang Yang Cantik Berderai. Resepi ni saya share daripada seorang pengguna FB yang bermurah hati berkongsi resepi nasi dagang yang lengkap iaitu nasi dagang bersama gulai ikan dan acar timun. Resepi gulai yang di share ni adalah pilihan, jika korang semua takde atau susah nak dapatkan rempah gulai cap rose terengganu tu, boleh pakai resepi ni inshaallah sedap dan rasa pun hampir sama dah.. try jangan tak cuba. Bersyukurlah masih ada yang sudi share resepi...

Resepi Nasi Dagang Yang Cantik Berderai

Resepi Nasi Dagang Yang Cantik Berderai


Bahan-bahan

1 kg beras wangi @ beras basmathi - rendam 4-5 jam / semalaman
1/2 kg santan + 6sb gula + 1 sb garam - di masak hingga gelegak, ketepikan
2 bji bwg merah, 2 bji bwg putih, 2 inci halia, - di mayang halus
2 sudu besar halba

Cara penyediaan


1. Kukus beras selama 15-20 min @ hingga beras lembut, 10 min pertama blh renjis2 kan air utk bg masak sekata,  jgn di kacau dgn senduk ye, hanya guna garfu tolak2 shj utk bg masak sekata

2. Dlm satu bekas, masukkan santan dan segala bwg2 halba semua, gaul sebati

3. Bila nasi dah lembut tadi, angkat dan masukkan ke dlm bekas berisi santan semua tu, gaul-gaul bagi sebati

4. Perapkan dlu nasi tu biar santan meresap ke dlm nasi , biarkan sekurang2 nya sejam
Lepas tu blh kukus blk dlm 5 min shj utk bg nasi jd cantik dan berkilat 

5. Dah siap 

Tips nak bagi nasi cantik berderai


- jgn kacau2 masa kukus nasi tu, ckup sekadar tolak dgn garfu 2,3 kali shj utk bg masak sekata

- Beras wangi mudah lembut, so x perlu kukus lama2 sgt utk dptkan nasi yg lembut dan cantik ( biasa sy kukus dlm 20 min je nasi dh lembut)

- nasi yg tlh digaul bersama santan, jgn terus di kukus, biarkan santan meresap dlu dlm sejam jika tidak santan tu akan jatuh dlm air kukusan dan nasi dh x jd lemak ye sbb air santan dh turun

- blh kukus nasi kali kedua utk bg thn lama dan nasi cantik berkilat

- santan seeloknya d masak terlebih dahulu utk elak dr nasi cpt basi

Resepi Nasi Dagang Yang Cantik Berderai

Info Yang Anda Cari:

RESEPI GULAI IKAN NASI DAGANG


Bahan-bahan:

Ikan tongkol - rebus dgn asam keping, gula melaka, garam dan gula ( simpan air rebusan - kena ada rasa masam manis) 
4 labu bwg bsr/merah
2,3 ulas bwg putih 
3-4 inci lengkuas
1 paket kari ikan (kecik- sy guna babas) - boleh tukar rempah gulai cap rose jika ada) 
1 senduk cili kering
250 ml santan

blend semua bahan, tumis sampai garing, masuk air ikan, masuk santan
biarkan mendidih, perasakan secukupnya
masuk ikan, biar mendidih sekejap, dah siap 
( sebelum perasakan garam gula, rasa dulu sebab kita dh rebus ikan letak garam, gula melaka semua kan, tkt termasin plk) 

RESEPI ACAR TIMUN


3 batang timun
1/2 biji carrot
nenas secukupnya
cili merah /cili api 
1/2 sb garam 
6-7 sb gula 
1/2 senduk cuka

potong timun, carrot dan nenas (terpulang nak potong macam mana) 
gaul dgn garam gula dan cuka
perasakan apa yg kurang
siap

Selamat mencuba.
Resepi dari Facebook
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments