Resepi Biskut Makmur Sedap Dan Rapuh

Resepi Biskut Makmur Sedap Dan Rapuh. Siapa pembaca blog saya yang suka makan biskut makmur? Tak kenal biskut makmur? Cer tengok gambar di bawah.

Resepi Biskut Makmur Sedap Dan Rapuh
Sumber gambar dari myhiddenkitchen

Biskut makmur dibuat dengan minyak sapi. Sebab itu dia amat lembut dan rapuh. Masuk dimulut terus lesap. Dalamnya ada inti kacang tanah. Jom tengok resepinya...

Resepi Biskut Makmur Sedap Dan Rapuh


Bahan-bahan:

250 gram tepung gandum
50 gram gula aising
1/2 tin kecil minyak sapi

Bahan inti:

100 gram kacang tanah - digoreng tanpa minyak
65 gram gula aising

Bahan salutan:

Gula aising secukupnya

Cara menyediakan biskut makmur sedap dan rapuh


1. Masukkan tepung ke dalam kuali. Sangai seketika kemudian ayak bersama gula aising.

2. Gaul campuran tepung bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.

3. Bagi menyediakan inti, kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula aising.

4. Ambil doh, leperkan dan sudukan inti kacang di tengahnya. Bentukkan doh menjadi bentuk bujur.

5. Susun biskut di atas loyang dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.

6. Sejukkan biskut seketika dan salutkan dengan gula aising.

7. Sedia untuk dinikmati.

Resepi Biskut Makmur Sedap Dan Rapuh

Sumber resepi daripada majalah rasa online. Biskut makmur sedap dimakan sewaktu hari raya terutamanya amat digemari oleh warga emas. Mungkin biskut makmur sudah jarang ditemui setiap masa, oleh sebab itu setiap musim perayaan mereka akan mencari biskut makmur ini.

Selamat mencuba resepi yang dikongsikan, semoga keluarga anda akan ceria pada hari bahagia nanti.. :)


Terima kasih kerana membaca Resepi Biskut Makmur Sedap Dan Rapuh

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Biskut Makmur Sedap Dan Rapuh"

Post a Comment