Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Udang Galah Masak Diraja Sedap

Resepi Udang Galah Masak Diraja Sedap. Udang galah masak diraja ni saya tengok macam sama dengan resepi saya masak udang galah berlada. Cuma saya perasan, dalam resepi udang galah masak diraja dilebihkan bawang besar dan juga santan pekat. Yang betul-betul pekat. So, kerana saya ada stok udang galah yang banyak dalam peti sejuk, saya ambil 15 ekor untuk dimasak.

Udang galah memang selalu ada dalam peti sejuk sebab encik suami suka memancing udang. Sekali dapat tu... memang banyak. Boleh masak berkali-kali jika mahu..

Tapi, sebab dah selalu makan.. rasa muak pulak. Pada saya rasa udang biasa yang sederhana saiz tu, lebih sedap dan manis berbanding udang galah. Tapi, citarasa orang kan berbeza..

Resepi Udang Galah Masak Diraja Sedap

Resepi Udang Galah Masak Diraja Sedap 


Bahan-bahan:

1/2 kg udang galah @ 15 ekor udang galah
4 biji bawang besar - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
5 tangkai cili kering - kisar
1 inci halia - kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit - kisar
1 inci lengkuas - kisar
1 keping asam keping
2 batang serai - diketuk
1 cawan santan pekat
Garam, gula dan perasa jika suka

Cara Memasak Udang Galah Masak Diraja Sedap 


1. Bersihkan udang galah dan buang tahinya. Toskan.

Resepi Udang Galah Masak Diraja Sedap

2. Tumis bahan kisar di atas sehingga naik baunya. Masukkan serai yang telah diketuk tadi


3. Masukkan udang dan gaul rata. Masukkan asam keping



4. Kemudian masukkan santan pekat dan gaul rata. Biarkan seketika.

5. Akhir sekali, perisakan dengan garam dan gula.

Selamat memasak. Udang galah masak diraja siap untuk dihidangkan.

Resepi Udang Galah Masak Diraja Sedap

Udang galah masak diraja siap untuk di makan.. kuahnya pekat sebab banyak bawang tadi. Rasa pun tak pedas sangat sebab guna cili kering je. So, semua orang boleh makan. Nak ratah macam tu je pun boleh...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close