Gulai Pucuk Paku Dengan Udang - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Jumaat, 24 Ogos 2018

Gulai Pucuk Paku Dengan Udang

Pucuk paku memang salah satu sayur yang legend bagi saya. Mana tidaknya, sayur ni dah semakin mahal sekarang dan susah nak ditemui. Kalau ada jual kat warung tu, kira memang nasib baiklah. Ya la.. lama dah tak makan pucuk paku.

Baiklah. Saya ada makan gulai pucuk paku kat satu warung ni, terus google cara nak masak. Simpan kat blog sebagai rujukan nanti.

Gulai Pucuk Paku Dengan Udang
Gulai Pucuk Paku Dengan Udang


Gulai Pucuk Paku


Bahan-bahan:

500 gram pucuk paku
2 cawan santan
10 ekor udang
4 biji bawang merah
5 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup
3 sudu besar udang kering
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 mangkuk air (untuk kuah)
Minyak untuk menumis
Sedikit air untuk mengisar


Cara memasak Gulai Pucuk Paku


1. Masukkan bawang, cili, kunyit, dan udang kering bersama sedikit air kedalam pengisar. Kisar sehingga halus

2. Kemudian, masukkan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bahan-bahan kisar tersebut sehingga naik bau.

3. Akhir sekali, masukkan santan, air, pucuk paku, udang, sedikit garam dan gula. Masak sehingga mendidih.

Gulai pucuk paku sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan