Resepi Udang Masak Mentega - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Ahad, 2 September 2018

Resepi Udang Masak Mentega

Resepi udang masak mentega. Semoga resepi yang dikongsikan ni boleh kita buat sama-sama, terutama kepada yang 1st time nak buat. Resepi ini agak simple dan memang mudah. Tapi kena lah makan panas-panas udang masak mentega ni, barulah sedap.

Resepi Udang Masak Mentega
Resepi Udang Masak Mentega


Resepi Udang Masak Mentega


Bahan-bahan:

400 gram udang
5 biji telur kuning
10 gram daun kari
50 gram cili padi
250 gram mentega
10 gram gula
Minyak masak
Garam

Cara menyediakannya:

1. Panaskan mentega, kacau laju-laju dengan senduk mengikut putaran sehala tanpa henti. Tuangkan telur kuning sedikit tinggi demi menjadi halus sarangnya. Setelah jadi sarangnya, angkat dan tapiskan. Ketepikan.

2. Goreng udang selama 2 minit dan rehatkan seketika.

3. Panaskan mentega dan minyak, tumis daun kari sehingga naik bau

4. Masukkan udang, dan akhir sekali masukkan sarang telur dan garam secukup rasa.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan