Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Mudah Masak Paru Goreng Berlada

Resepi Mudah Masak Paru Goreng Berlada. Dulu kala saya tak berapa pandai makan paru. Kalau ada paru dalam masakan je, saya akan ketepikan. Kerana pada asasnya.. saya tak makan isi dalaman badan binatang seperti hati, paru, jantung, pedal dan sebagainya. Ya la.. ketika belajar kita kan tak digalakkan makan isi binatang.. nanti susah nak ingat dan buat hafalan. Bila dah habis belajar, barulah saya cuba makan sedikit demi sedikit. So, sekarang ni saya dah pandai makan paru. Tapi tengok juga resepi apa yang digunakan.

Saya paling suka dengan paru goreng berlada. Goreng rangup sikit, pasti sedap. Mari kita belajar cara masak paru goreng berlada yang mudah dan sedap ni.

Resepi Mudah Masak Paru Goreng Berlada
Resepi Mudah Masak Paru Goreng Berlada

Resepi Mudah Masak Paru Goreng Berlada


Bahan-bahan:
Oleh: Azie Kitchen


Bahan rebus:

700 gram paru
2 hiris halia
1 batang serai - ketuk
Sedikit garam

Bahan tumbuk kasar:

9-10 tangkai cili merah - boleh guna cili kering kisar
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 inci halia

Bahan lain:

1 batang serai - ketuk
2 sudu besar gula atau secukupnya
Garam
1 keping asam keping


Cara cara masak paru goreng berlada


1. Paru direbus bersama halia, serai dan garam sehingga empuk dalam 30 minit sehari sebelum dimasak. Masak sampai paru tak liat. Cucuk dengan lidi atau cake tester untuk dicucuk tengok kalau dah tak liat. Tos kan airnya.

2. Bila sejuk, baru dipotong nipis nipis. Paru dilumur sedikit garam jika suka dan biarkan seketika.

3. Panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng paru (pastikan tenggelam dalam minyak yang banyak). Sentiasa dibalik balikkan supaya garingnya rata. Bila sudah garing, angkat dan ketepikan.

4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama dengan serai, sehingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan gula, sedikit garam dan asam keping. Mesti ada rasa manis manis sikit, baru sedap.

5. Akhir sekali, masukkan paru yang telah digoreng dan gaul sebati.

Nota:
Rahsia mendapat gorengan rangup adalah menggunakan api besar.

Jika mahukan paru yang kekal rangup, biarkan sambal sejuk sedikit, baru dimasukkan paru goreng dan kacau rata.

Hasilnya paru goreng berlada anda kekal rangup walau dah sejuk, dan dimakan dengan nasi putih panas-panas, memang amatlah menyelerakan. 

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close