Resepi Udang Goreng Dengan Telur Masin - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Sabtu, 29 September 2018

Resepi Udang Goreng Dengan Telur Masin

Resepi Udang Goreng Dengan Telur Masin. Udang goreng telur masin salah satu menu yang mudah disediakan. Tapi ramai yang sangka pecahkan telur masin tu, kemudian goreng dalam udang tu. Bukan gitu caranya. Telur masin hendaklah direbus dulu kemudian hancurkan.

Rasa sayang pulak nak buat macam tu kan? Telur masin dahlah mahal. hehe.. tapi kalau dah cuba rasa udang goreng dengan telur masin, anda mesti nak cuba berkali-kali..

Resepi Udang Goreng Dengan Telur Masin

Resepi Udang Goreng Dengan Telur Masin


Bahan-bahannya:

300 gm udang yang bersaiz besar.
1 labu bawang besar.
2 ulas bawang putih.
2 biji telur.
2 biji telur masin.
Serbuk lada sulah.
Garam secukup rasa.
Sedikit gula.
6 biji cili api.(jika suka pedas boleh tambah cili)
2 tangkai daun kari.
Sedikit minyak masak.

Cara-caranya:

● Bersihkan udang.Buang kulit serta kepalanya tetapi tinggalkan sedikit bahagian ekornya.Perap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.Ketepikan.

● Cili api di belah dua.

● Telur masin direbus dan di lenyek halus.

● Bawang besar di hiris nipis.

● Bawang putih di tumbuk halus.

● Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, cili api dan daun kari sehingga wangi.

● Masukkan udang dan tumis sehingga masak. Masukkan garam,serbuk lada sulah serta sedikit gula. Gaul rata.

Resepi Udang Goreng Dengan Telur Masin

Resepi Udang Goreng Dengan Telur Masin


● Ketepikan udang ke sisi kuali. Masukkan telur dan telur asin ke dalam minyak tumisan tadi dan masak sehingga telur keras, Kacau kacaukan dan gaul dengan udang sehingga rata.

● Masak sehingga kering airnya.

● Siap untuk di hidangkan dengan nasi panas..

Resepi Udang Goreng Dengan Telur Masin

Dah siap udang goreng dengan telur masin yang sedap ni. Tak pernah cuba? Cubalah.. nanti macam saya, dah suka rasanya asyik nak buat je. Tapi anak-anak tak suka. Telur masin pun tak pernah makan. Bila suruh cuba, cakap pelik la... haha

1 ulasan:

  1. Nampak sungguh menyelerakan. Cheq biasa buat buttered prawn ja setakat ni, belum pernah cuba buat salted egg with prawn lagi. Bolehlah cuba nanti :)

    BalasPadam