Mee Siput Goreng Makan Dengan Sambal Tumis Style Johor - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Sabtu, 6 Oktober 2018

Mee Siput Goreng Makan Dengan Sambal Tumis Style Johor

Mee Siput Goreng Makan Dengan Sambal Tumis Style Johor. Orang Johor mesti kenal dengan mee siput goreng kan? Bila masa paling best kenangan makan mee siput? Kenangan saya tentulah masa zaman sekolah rendah dulu-dulu. Terutamanya bila balik dari sekolah agama. Jalan saing-saing makan mee siput curah sambal tumis. Sweet sangat memori tu.. huhu

Kini mee siput masih ada lagi. Tak pupus tau.. dah jadi jajan legend pada kami yang sezaman dulu..hehe

Mee Siput Goreng Makan Dengan Sambal Tumis Style Johor

Mee Siput Goreng Makan Dengan Sambal Tumis Style Johor
Mee siput yang telah digoreng

Mee Siput Goreng Makan Dengan Sambal Tumis Style Johor


Bahan-bahan:

5 keping mee siput
Minyak masak untuk menggoreng.

Caranya:

Goreng mee siput dengan minyak yang panas betul, hingga kuning kecoklatan. Kalau minyak tak panas, mee siput akan lemau dan keras. Itu pantang larangnya!!

Mee Siput Goreng Makan Dengan Sambal Tumis Style Johor


Bahan sambal tumis:

1 mangkuk lada kering yang di rebus dan diblender halus
2 labu bawang besar - diblender halus
4 ulas bawang putih - diblender halus
2 inci belacan - diblender halus
segenggam ikan bilis belah - dicuci bersih rendam sebentar - diblender halus
(ikan bilis boleh diblender halus separuh dan separuh lagi masukkan dalam sambal)
2 labu bawang besar - di hiris kasar-kasar
1 cawan air jus asam Jawa
3-4 sudu makan gula pasir (ikut suka klau nak manis tambah lagi gula)
garam sedikit
sedikit minyak untuk menumis


Cara memasak sambal tumis ikan bilis


1. Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang besar yang dimayang kasar hingga layu dan berbau harum

2. Masukkan bahan-bahan yang diblender halus, goreng dan balik-balikkan sehingga agak garing dan pecah minyak.

3. Masukkan pula gula, balikkan lagi, masukkan bilis yang telah ditoskan dan diikuti dengan jus asam jawa.

4. Masak sehingga sambal tumis benar masak dan naik minyak cantik warnanya. Tambahkan garam dan rasa kan kesesuaian masin, manis dan masam. Biarkan atas api yang kecil sambil dibalik-balikkan.

Jika masak sambal tumis dengan betul dan lama sedikit ia akan tahan lebih lama. Lebih 4 hari pun tak basi..

Selamat mencuba.

2 ulasan:

  1. Officemate Mrs. A kalau balik Muar mesti amik stok ni untuk dijual kat ofis. Laku keras kepala 😁😁😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. jajan ni memang legend mrs,A. Sampai sekarang saya masih tak jemu makan mee siput goreng ni..

      Padam