Terung Goreng Sambal Citarasa Istimewa Kisah Resepi - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Ahad, 7 Oktober 2018

Terung Goreng Sambal Citarasa Istimewa Kisah Resepi

Terung Goreng Sambal Citarasa Istimewa. Resepi yang nak saya share ni istimewa sikit sebab, satu.. saya masak dengan kasih sayang 😀😀, kedua.. saya guna maggi secukup rasa yang memang sedap rasa masakan kita nanti. Dan yang ketiga.. sebab saya guna cili kering yang digoreng dulu baru dikisar kemudiannya. Tapi goreng sekadar nak bagi lada kering tu layu je. Jangan sampai garing nanti tak sedap pulak rasanya..

Terung Goreng Sambal Citarasa Istimewa Kisah Resepi


Baca juga.. 😎😎 ♡ Resepi Ayam Paprik♡

Makan terung pun bagus untuk kesihatan. Terung juga bagus diambil dalam menu diet harian anda. Tapi kena panggang la terung tu, jangan di goreng. Nanti dia meresap minyak dah tak jadi menu diet. Haha..

Terung Goreng Sambal Citarasa Istimewa


Bahan-bahan:

1 batang terung ungu - potong kecil dan goreng hingga masak
Minyak untuk menumis
Perencah Maggi SecukupRasa (tak perlu garam)
Gula secukupnya

Bahan dikisar:

10 tangkai lada kering - goreng dulu sekejap, jangan sampai garing
3 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu teh Serbuk kunyit
1 cawan air


Cara menyediakan terung goreng sambal


1. Goreng terung hingga masak. Toskan minyaknya. 

Terung Goreng Sambal Citarasa Istimewa Kisah Resepi

2. Tumis pula bahan kisar hingga naik bau dan keluar minyak. Tambahkan gula dan perencah Secukup Rasa Maggi secukupnya. Saya letak 2 sudu teh dan cukup lemak masinnya.

3. Masukkan terung yang telah digoreng. Kacau rata.

4. Matikan api. Terung goreng sambal dah siap untuk dihidangkan.

Terung Goreng Sambal Citarasa Istimewa Kisah Resepi
Saya tak tambahkan air agar terung sambal saya kering dan tahan lama. Ratah macam tu je pun sedap. Makan dengan nasi panas je pun dah okay. 

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan