Resepi Kuih Ketayap Dot Dot Yang Cantik Dan Sedap - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Khamis, 18 Oktober 2018

Resepi Kuih Ketayap Dot Dot Yang Cantik Dan Sedap

Resepi Kuih Ketayap Dot Dot Yang Cantik Dan Sedap. Ketika google nak cari resepi, ternampak satu resepi kuih ketayap yang amat cantik. Bila dah cantik sedap mata memandang, tentulah sedap juga rasanya kut..

So, saya simpan resepi tu kat blog dengan izin share dari pemunya resepi tu. Simpan untuk rujukan bila nak masak nanti.

Resepi Kuih Ketayap Dot Dot Yang Cantik Dan Sedap

Jika anda tak pernah buat kuih ketayap dot dot yang cantik macam dalam gambar di bawah ni, marilah sama-sama kita mencubanya.

Semak resepinya dan cara membuat kuih ketayap dot dot di bawah.

RESEPI KUIH KETAYAP DOT DOT


Bahan Kulit Ketayap:

1 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 sudu kecil esen pandan/esen vanila
1 1/2 cawan susu cair atau santan
1 sudu teh garam
pewarna pilihan
1 sudu besar minyak masak.
sedikit minyak utk disapu pada kuali

Bahan Inti:

1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan brown sugar
2 kerat gula melaka
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut
1 sudu kecil garam

Cara-cara menyediakan:


Resepi Kuih Ketayap Dot Dot Yang Cantik Dan Sedap

1. Satukan bahan-bahan inti dalam periuk atas api sederhana, gaul-gaul sampai masak kelapa parut tadi berubah warna gelap.

2. Kisar guna blender semua bahan-bahan adunan kulit. Tapis.

3. Asingkan sesenduk dua, tambah sedikit tepung gandum kacau-kacau jadi sedikit pekat dan masukkan dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya untuk buat dot-dot nanti.

4. Kemudian, panaskan kuali api perlahan, lenserkan dengan sedikit minyak, sendukkan adunan ke dalam kuali, layang-layang kuali bagi adunan bentuk bulat, cepat-cepat dot-dot kan atas adunan dengan adunan warna dalam piping bag tadi.

Biarkan masak dalam 2-3 minit, jangan terlalu lama.

Angkat lempeng ketayap dan terus masuk inti dan gulung.

SELAMAT MENCUBA ❤️

Sumber : Izati Azam dalam FB MAHN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan