Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kuih Puteri Mandi Yang Sangat Simple

Resepi Kuih Puteri Mandi Yang Sangat Simple. Dah lama saya tak share cara buat kuih tradisional. Sebenarnya banyak koleksi kuih tradisional yang boleh dicuba dan amat mudah caranya. Rasanya pun sedap-sedap pula tu. 

Baiklah, untuk anda semua saya kongsikan cara buat kuih puteri mandi iaitu kuih yang amat terkenal di Kelantan. Kuih manis rasanya sebab ada campur inti dan digaul rata bersama-sama. Harap anda semua boleh buat kuih puteri mandi ni pula..

Kuih puteri mandi biasanya berwarna hijau sebab guna air pandan, tapi boleh je jika anda nak tukar warna pink, kuning dan sebagainya.

Resepi Kuih Puteri Mandi Yang Sangat Simple

Resepi Kuih Puteri Mandi Yang Sangat Simple

Bahan-bahan:

1 paket tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air daun pandan

Bahan Inti:

1 biji kelapa parut muda
Gula melaka secukupnya
Air secukupnya

Cara membuat kuih puteri mandi yang simple


1. Campurkan tepung pulut, tepung beras air daun pandan. Gaul hingga sebati dan ketepikan.

2. Setelah itu bentukkan doh dalam bentuk bulat-bulat kecil kemudian tekan penyekkan ditengahnya supaya leper. Lakukan proses yang sama hingga semua doh habis terbentuk.

3. Sementara itu, didihkan 4 cawan air dan setelah selesai membentuk kuih, masukkan ke dalam air mendiidh hingga masak.

4. Kuih akan terapung bila dah masak, angkat dan toskan.

5. Sementara itu, masak air gula melaka sehingga pekat, dan masukkan kelapa parut. Masak sehingga kering atau sedikit lembap, jika suka.

6. Akhir sekali masukkan kuih tadi ke dalam kelapa parut tersebut dan gaul sebati.

Kuih puteri mandi anda siap untuk dimakan. 😊😊

Resepi Kuih Puteri Mandi Yang Sangat Simple
Kuih pute4i mandi warna pink

Resepi Kuih Puteri Mandi Yang Sangat Simple
Kuih puteri mandi berwarna warni,
Guna gula pasir je pun boleh..

Jadi, inti tu bukan masuk dalam kuih ya, hanya gaul sebati bersama-sama kuih. Kalau masuk ke dalam dah jadi macam kuih buah melaka inti kelapa. Hehe..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close