Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Harga Ikan Semakin Mahal, Tapi Kena Beli Juga..

Harga Ikan Semakin Mahal, Tapi Kena Beli Juga.. - walau harga ikan semakin mahal kita kena beli juga sebab itu pilihan alternatif untuk bagi sumber protein kepada keluarga kita.

Takkan nak makan ayam setiap hari. Atau makan telur saja. Daging pulak memanglah saya kurang masaknya di rumah. Kenalah beli ikan dan geng-gengnya kan?

Harga Ikan Semakin Mahal, Tapi Kena Beli Juga.. 


Ni cerita malam tadi. Kami pergi Aeon Taman Universiti, Johor untuk cari lauk pauk dan sayuran, kiranya barang dapur seminggu la. Biasanya kami akan beli buah-buahan, ayam, daging, ikan, sayuran untuk stok seminggu. Malam tadi, apa yang buat saya terkejut adalah harga 4 ketul ikan tenggiri bersamaan RM34.24. Puhhh! Mahal gila harga ikan sekarang ni agaknya..

Harga Ikan Semakin Mahal, Tapi Kena Beli Juga..

Lepas tu ambil 6 ekor ikan selar kuning bersamaan RM19.01. Manakala harga 6 ekor ikan kerisi bersamaan RM19.26.

Memang mahal ehh harga ikan sekarang ni? Tapi kena beli jugak sebab ia sumber protein yang bagus kan?

Namun begitu, kita hendaklah berbelanja berpada-pada dan gunakan hak kita sebagai pengguna. Jika dah tahu kat certain market harga ikan dan sayuran dijual mahal, kita buat perbandingan harga. Ada pasaraya menjual barangan kering jauh lebih murah, ada pula barang basah agak mahal. Maka.. next time kita bagi-bagi.. hehe

Selamat bershopping!!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close