Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Biskut Karamel Badam Yang Sedap

Biskut Karamel Badam Yang Sedap. Biskut karamel ni kalau makan sambil tengok cerita korea memang tak perasan boleh habis satu balang. Rasa rangup badam yang manis bersama lembutnya biskut memang menghayalkan. Memang sedap..

Nak resepinya? Boleh je, di bawah ni saya kongsikan. Semoga berjaya buat biskut karamel yang rangup ni ya..

Biskut Karamel Badam Yang Sedap

Biskut Karamel Badam Yang Sedap


Bahan-bahan:

Doh:

200 gram Tepung gandum difortifikas 
14 gram tepung kastard
152 gram mentega
30 gram kuning telur
126 gram gula
2 gram garam

Adunan Karamel:

90 gram gula perang
25 gram sirap
110 gram mentega
150 gram kepingan badam - yang sudah dibakar

Cara memasak:


1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan kuning telur dan gaul sebati.

2. Masukkan tepung yang telah diayak, tepung kaatard dan garam sehingga jadi doh

3. Canaikan doh dan masukkan ke dalam loyang 11 inci X 9 inci yang telah dilenser majerin cair

4. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180 darjah selsius selama 15 minit sehingga masak.

5. Keluarkan dari ketuhar. Letakkan adunan ke ataa permukaan biskut kemudian bakar lagi pada auhu 180 darjah selsius selama 5 minit.

6. Keluarkan biskut dari loyang selepas sejuk dan potong bersegi.


Topping/ adunan karamel;


1. Letakkan gula perang, sirap dan mentega di dalam periuk. 

2. Panaskan di atas api perlahan sehingga mentega cair dan gula larut.

3. Reneh selama 5 minit. Gaul masuk kepingan badam.

Selamat mencuba semua.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close