Resepi Ikan Tongkol Masak Lemak Cili Api Dengan Timun

Resepi Ikan Tongkol Masak Lemak Cili Api Dengan Timun. Siapa kat sini antara pembaca blog KisahResepi.com yang suka makan masakan lemak cili api? Kalau dah suka memang tak kan jemu selalu masak lemak cili api, kan? Antara yang biasa kita masak tentulah ayam masak lemak cili api. Ikan pun sedap juga..

Jom kali ni kita cuba resepi ikan tongkol masak lemak cili api sama timun. Memang syiok habis, makan bertambah berpinggan-pinggan. Haha..

Resepi Ikan Tongkol Masak Lemak Cili Api Dengan Timun



Bahan-bahan:

4 ketul ikan tongkol - dibersihkan
1 batang timun - belah 2 dan potong ikut suka (rujuk gambar)
3 batang cili padi sebagai hiasan
1 kotak santan
1 keping asam keping
Minyak untuk menumis

Bahan kisar:

15 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 inci halia
Serbuk kunyit secukupnya

Cara memasak:


1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.

2. Masukkan asam keping dan kacau rata.

3. Masukkan ikan tongkol dan biarkan ikan lembut.

4. Masukkan santan dan kacau lagi. Kemudian campak 3 tangkai cili padi (jangan potong) sebagai hiasan.

5. Akhir sekali masukkan potongan timun. Biarkan seketika. Perisakan dengan garam dan gula dan bahan perasa, jika suka.

Siap hidangan ikan tongkol masak lemak cili padi sama timun. Ikan tongkol sedap dimasak dengan jenis masakan berkuah. Sebab isi ikan tongkol yang agak kasar menyebabkan ia agak kurang sedap jika dimasak tanpa kuah.

Namun, citarasa setiap orang kan berbeza. Ada yang suka berkuah ada yang tidak. 

Selamat mencuba.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.