Oleh kerana asyik intro pasal bakso, sekarang saya share resepi bihun bakso yang sedap. Jom tengok resepinya.

Resepi Bihun Bakso Sangat Sedap
Bahan-bahan:
1. KUAH
• bawang besar sebiji *
• bawang putih 6 ulas *
• buah keras 3 biji ( sebelum blend tumbuk dulu ) *
• halia 2 inch *
• lada hitam 1sk *
• air 2 liter
• gula
• garam
• meatball (saya beli yg dah siap)
Cara-cara
• kisar bahan bertanda * sehingga halus
• panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga meletup2 😅
• masukkan air
• masukkan gula dan garam
• masukkan meatball
• masak sehingga mendidih
2. SAMBAL KICAP
• cili padi 10 tangkai
• bawang putih 5 ulas
• kicap
Cara-cara
1. Kisar semua bahan dan masak sehingga pekat
Dah siap semua boleh lah hidang dengan bahan-bahan sampingan seperti kobis , daun sup , bawang goreng , sos dll.
Lama-kelamaan anda semua pun dah boleh buat bakso atau bihun bakso yang sedap ini.
kredit: nur haziqah
0 Ulasan