Resepi Kuih Tepung Bungkus Yang Sedap

Resepi Kuih Tepung Bungkus Yang Sedap, nak buat pun mudah. Sekali makan pasti tak cukup satu ketul. Dulu pun saya tak biasa makan kuih tepung bungkus ni. Orang kata kuih manis. Asal kuih kalau tak silap dari Kelantan atau Terengganu. Adik ipar saya pun biasa makan kuih ni sebab dia pun asal pantai timur. Sekarang ni, semua kuih dari seluruh negara senang nak dapat. Terutamanya di bazaar ramadan tak lama lagi. Macam-macam kuih ada!

Asyik borak, lupa nak cerita bentuk dan rupa kuih tepung bungkus tersebut. Jom tengok gambarnya.

Resepi Kuih Tepung Bungkus Yang Sedap

Nampak tak inti kelapa dia dalam tepung beras tu..  bila rasa manis dan lemak tepung beras santan.. memang heaven la rasa dia.

Resepi Kuih Tepung Bungkus Yang Sedap

Cara bungkus ikut kreativiti masing-masing. Ada yang bungkus lipat simple empat segi je, ada yang bungkus tiga segi. Ikut suka nak pilih bentuk mana..

Resepi Kuih Tepung Bungkus Yang Sedap


Bahan-bahan:

A. Untuk inti

✔ Kelapa muda yang diparut
✔ Gula merah
✔ Gula putih
✔ Sedikit garam

Caranya:

1. Masak bahan diatas sehingga kering airnya, apabila sudah kering taburkan sdikit tepung gandum untuk memberi rasa kenyal.

2. Apabila inti telah sejuk., gentelkan inti sebesar biji guli.

B. Untuk bahagian luar

✔ Tepung pulut

1. Bancuh tepung menjadi doh, salut tepung ke inti yang di gentel tadi.

Bahagian badan;

✔ 1 cawan tepung beras cap 1 gajah
✔ 3 cawan santan pekat
✔ Sedikit garam

Caranya;

1. Masak kesemua bahan kacau sehingga pekat dan berkilat.

2. Sedia untuk membungkus

3. Kukus selama 20-25 minit.

Anggaran dengan bahan-bahan yang dinyatakan di atas, boleh dapat 25 biji kuih tepung bungkus.

Selamat mencuba ya pembaca semua.

Credit : Nor Fariza Bohari Wani
#mahn

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.