Daging Masak Palembang, Inilah Resepinya

Suka Daging Masak Palembang, Inilah Resepinya. Pernah anda makan daging masak palembang? Tak pernah.. sama lah kita. Di mana nak dapat ya? Nak kena pergi Palembang Indonesia ke? Tak payah kut sebab kat bawah nanti saya dah share resepinya. Resepinya mudah saja, tapi agak unik. Ada sedikit cara nak masak gulai tetapi dicampur dengan kicap. So, jadilah daging masak palembang.

Jika anda suka rasa baru dalam koleksi resepi masakan anda, boleh lah simpan resepi ni dan cuba pula kat rumah. Mana tahu anda suka rasanya.

Daging Masak Palembang, Inilah Resepinya
Gambar hiasan

Daging masak palembang memang warnanya hitan sebab ada campuran kicap di dalamnya. Kalah anda nak masukkan kerisik pun boleh, campur dengan santan. Itu pun kalau rajin nak masak kerisik la,..

Daging Masak Palembang, Inilah Resepinya

Daging masak palembang agak pekat dan dimasak hingga kering kuahnya. Adakah anda penggemar daging masak palembang ni? Bagaimana? Mesti sedap rasanya..


Resepi Daging Masak Palembang


Bahan-bahan: 

700 gram daging - potong lebar dan nipis
2 batang serai - dititik
500 ml santan pekat
1 cawan kicap lemak manis
1 sudu besar sos tiram
Minyak

Bahan (kisar)

1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

Rempah penumis:

3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara-cara menyediakan:


1. Panaskan minyak secukupnya, dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai hingga pecah minyak.

2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.

3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging empuk.

4. Kacau sekali sekala hingga masak dan kuah menjadi pekat. Perasakan.

Akhirnya daging masak palembang kita pun siap untuk dihidangkan. Ni masak masa raya pun sedap, ada kelainan. Kalau dah bosan masak rendang, apa kata kita cuba pula masak palembang.

Nak cuba? Silakan & selamat mencuba.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.