Resepi Daging Masak Asam Kunyit

Resepi Daging Masak Asam Kunyit. Nak dekat bulan ramadan ni semakin rajin saya share resepi kat blog #kisahresepi sebab ia amat berguna kepada kami time bersahur nanti. Bila tak tahu nak masak apa dan idea dah kering, saya akan rujuk resepi di blog. Adakah anda pun macam saya?

Jika anda penggemar daging, jomlah kita buat daging masak asam kunyit ni. Tak ada santan kelapa bagai.. hehe, hanya kena lebih asam jawa dan kunyit.


Resepi Daging Masak Asam Kunyit

Cara memasak pun hanya guna teknik hiris dan ketuk, so saya rasa anda akan menyukai resepi daging asam kunyit ni. Orait!!

Resepi Daging Masak Asam Kunyit


Bahan-bahan:

1/2 kg daging - rebus hingga empuk 
1 biji bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
10 biji cili padi - hiris 
1 kuntum bunga kantan - 
2 batang serai - diketuk
1/2 cawan air asam jawa - sederhana cair
1/4 sudu besar garam
1 sudu teh gula
Sedikit bahan perisa, jika suka
1 sudu besar serbuk kunyit
2 cawan air rebusan daging
2 1/2 senduk minyak masak
Sedikit cili padi - untuk hiasan

Cara menyediakannya:

1. Panaskan minyak, masukkan serai. Bila serai dah perang, masukkan bahan hiris. Tumis hingga naik bau. 

2. Masukkan serbuk kunyit, air asam jawa, dan air rebusan daging. Bila dah mendidih ganas, masukkan daging.

3. Kemudian masukkan gula, garam dan serbuk perisa. 

4. Biarkan kuah kering, masukkan cili padi dan bunga kantan. Kacau sebati.

5. Sesuaikan rasa, dan tutup api.

Daging masak asam kunyit telah selamat dimasak dan sedia untuk dihidangkan. Jika anda suka masakan daging yang simple seperti resepi di atas, bolehlah cuba ya.

Hidangan daging yang sihat dan mudah disediakan. Selamat mencuba!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.