Resepi Sambal Sotong Tak Liat Dengan Petai Yang Sedap

Resepi Sambal Sotong Dengan Petai Yang Sedap. Puasa tinggal beberapa hari lagi. Nak dekat puasa ni mulalah saya simpan atau save resepi-resepi mudah dan sedap untuk persediaan berbuka atau pun waktu sahur. Kalau waktu sahur kami akan makan yang simple tetapi mengenyangkan. Hanya waktu berbuka kita orang akan makan yang berat sikit seperti nasi campur dan sebagainya. 

Saya akan share resepi sambal sotong dengan petai. Lauk kegemaran En suami. Tapi bagi anda yang ada satu masalah sotong liat bila dimasak, ini ada tips nak elak sotong liat bila dah masak.

Cara nak elak sotong liat setelah dimasak adalah dengan goreng sotong dulu atas kuali tanpa minyak sebelum di buat sambal. Goreng lebih kurang seminit @ 2 minit. Bila tengok seluruh sotong dah masak separuh, matikan api. Itu lah caranya nak elak sotong liat lepas dimasak.

Resepi Sambal Sotong Dengan Petai Yang Sedap


Bahan-bahan;

1 kg sotong - dibersihkan dan potong bulat-bulat

Gambar Resepi Sambal Sotong Tak Liat Dengan Petai Yang Sedap

1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang kecil - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 sudu makan sos cili
1 sudu kecil sos tiram
Garam dan gula secukupnya
Petai secukupnya - belah 2, senang nak makan

Cara menyediakan sambal sotong dengan petai


1. Tumis bawang besar hingga layu. Kemudian masukkan bahan kisar seperti bawang kecil, bawang putih, halia dan cili kering dan kacau rata.

Gambar Resepi Sambal Sotong Tak Liat Dengan Petai Yang Sedap

2. Setelah sambal agak pekat, masukkan sedikit sos cili, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula.

3. Kemudian, masukkan sotong yang telah digoreng tanpa minyak tadi, kacau rata dan biarkan seketika. Lebih kurang 2 minit, kecilkan api.

4. Masukkan petai yang telah dibelah dua. Matikan api..

5. Sambal sotong dengan petai telah pun siap.

Selamat mencuba. Kita bertemu lagi di lain resepi mudah tetapi sedap. Okay๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.