Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ikan Gerut Masak Lemak Cili Api

Ikan Gerut Masak Lemak Cili Api. Sedapnya ikan gerut ni bila dimasak dalam menu lemak cili api. Isi ikan gerut tidaklah terlalu lembik tetapi kenyal lembut. Isi dagingnya berwarna putih dan sesuai juga dimakan bagi orang yang sedang diet. Ikan gerut sedap juga dimasak asam pedas dan kari. Kelmarin kami dah masak asam pedas ikan gerut, kini saya nak kongsikan pula resepi ikan gerut masak lemak cili api sedap dan lazat sekali.

Ikan gerut ni ada juga rasa isi dia macam ikan merah. Tapi ada juga rupa dia iras-iras ikan tebal pipi. Banyak juga ditemui di laut dalam. Ikan gerut lebih murah harganya berbanding ikan tebal pipi. Seekor ikan gerut boleh dijual pada harga RM12.00 seekor, tengok peniaga lah. Ada juga yang jual kilo.. 

Ikan Gerut Masak Lemak Cili Api


Ikan Gerut Masak Lemak Cili Api


Ikan Gerut Masak Lemak Cili Api 


Mulanya saya tak pasti nak masak apa ikan gerut yang encik suami beli sampai 4 ekor. Dia kata ada orang jual murah-murah, itu yang dibelinya sekali 4 ekor. Sebahagian saya dah masak asam pedas, kali ini kita masak lemak cili api pulak ya..


Bahan-bahan:

6 hiris ikan gerut - potong saiz 2 inci pun okay
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
6 tangkai cili padi merah - kisar
5 tangkai cili hidup hijau - kisar
2 inci halia - kisar
1 sudu makan serbuk kunyit - kisar
1 keping asam keping
1 kotak santan - bancuh dengan air
Garam dan gula secukupnya


Cara penyediaan ikan gerut masak lemak cili api


1. Ikan gerut perap dengan kunyit dan garam. Goreng sebentar ikan gerut. Ketepikan

2. Tumis semua bahan kisar hingga naik bau. Masukkan asam keping.

3. Masukkan santan dan biarkan seketika.

4. Kemudian baru masukkan ikan gerut tadi dan kacau rata.

5. Perisakan dengan garam dan gula.

6. Siap untuk dihidang dengan nasi putih. Memang sedap sangat!!

Selamat mencuba resepi ikan gerut masak lemak cili api ya. Saya goreng sekejap ikan gerut sebab isinya yang lembut membuatkan ia mungkin mudah hancur nanti. Tapi sebenarnya tidaklah begitu yang jadi.. isi dia elok je sesedap rasa. Tapi ikan gerut yang digoreng dulu sebelum dimasak lemak cili api menjadikan rasanya lebih sedap dan lemak.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close