Resepi Tart Gulung Nenas Paling Sedap

Advertisement

Random Picks:

Tart Gulung Nenas Paling Sedap Untuk Makan Sendiri. Nampak tak apa saya nak kongsikan kat anda semua penggemar kuih tart. Tart bunga atau tart gulung atau tart bulat, ikut suka lah nak.. yang penting tart. Dulu nak jumpa kuih tart masa raya je, memang eksklusif la kuih tart ni. Berebut pergi rumah orang nak pegang balang kuih tart je. Memang kenangan betul zaman-zaman dah berlalu tu..

Tapi sekarang, nak makan kuih tart bila-bila masa boleh jumpa. Kat stesyen minyak pun ada dah yang menjual kuih tart sepanjang masa. Tapi harga dia boleh tahan mahal. Sebab, bukan senang ya nak buat kuih tart. Lagi-lagi yang sedap dan gebu gebas gitu.. 

Cakap pasal tart gebu, saya akan kongsi resepi tart gulung nenas Cikgu Azlina Ina yang sedap, melting bila masuk mulut dan gemuk besar saiz dia. 

Resepi Tart Gulung Nenas Paling Sedap

Memang menggiurkan tekak kan? Gebu, inti penuh dan warna cantik sekata. Kalau warna pucat je pun, pelanggan kurang berminat. So, kena pandai adjust pewarna tart yang sesuai ya..

Resepi Tart Gulung Nenas Paling Sedap


Resepi Tart Gulung Inti Jem Nenas Paling Sedap


Resepi istimewa tart gulung inti jem nenas ni adalah resepi dari Cikgu Azlina Ina yang mana tart gulung gemuk gebu tersebut telah viral dan dicari di serata Malaysia. Hmm.. tahniah dan bangga dengan keupayaan Cikgu Ina menaikkan nama tart gulung jem nenas tu. Katanya sedap ya amat.. dah rezeki dia kan. Kita pun boleh berjaya macam dia. 

Kalau cikgu buat terus 4kg so cikgu ajar sikit2 dulu jd xyah adun byk kali. Byk bende yg berubah bile die double kan so tgk baik2. Cikgu dah patern kan tart ni boleh ke kami tiru buat niaga? Jawapan nya boleh cume jgn guna nama azlina ina ujung die😘cikgu sejak dr dulu mmg bg korg atau sesiapa gune cume nama azlina ina tu esklusif🥰 ~ Cikgu Azlina Ina


Tart Nenas viral Cikgu Azlina Ina


Sukatan adunan jualan

BAHAN A:

Tepung gandum 10cawan +-(ikut cawan masing2 dan keselesaan doh yg korg nak tekan nnt.. jd tuang sikit2 ) biasa cawan cikgu 1 cawan 100g

4sb tepung jagung

5sb tepung kastard

5sb tepung susu


BAHAN B:

500g butter premium (kalau nak guna butter cup terpulang cikgu untuk jualan guna premium butter) cth scs atau tatura salt/ kalau unsalt tambah sket garam kat tepung

250g cream cheese tatura

8 sb susu pekat

4 sb minyak sapi ghee

3 bijik kuning telur

Sedikit esen vanila

Sedikit pewarna kuning

Kacau sebati bahan B di atas dgn senduk pn boleh

Kemudian masukkan dulu 3 cawan tepung gandum

2 sb tepung custard

Diikuti 2sb tepung jagung

Kacau kan dulu bg sekata

Tuang baki selebih semua jenis-jenis tepung yg tinggal dan tuang tepung gandum tadi sikit2.

Sambil menguli kalau rasa lembut sgt boleh tambah tepung gandum lagi.

Sediakan jem nenas sudah digentel-gentel

Masukkan sikit adunan doh ke dalam acuan tart tekan nipis. Letak jem gulung kan

Bawah tray sapu butter letak tart yg dah korg bentuk kan tadi

Sapuan atas tart

3 biji kuning telur + sedikit susu segar dan pewarna kuning

Sapu atas tart.

Parut cheddar beqa dan hiaskan cheese atas dia

Panaskan oven 170, masa 5 minit

Masukkan tart dan bakar suhu 160 masa 25 minit tgk oven korg jugak la ye kalau nmpk permukaan tart dah gold means masak

Resepi Tart Gulung Nenas Paling Sedap
Resepi Tart Gulung Nenas Paling Sedap


Keluarkan dr oven biar sejuk dulu

Dah sejuk susun dalam balang. 

Nota;

Menurut Cikgu Ina, beliau jual 27 to 30 pieces pada harga RM29.90

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.