Resepi Udang Masak Lemak Cili Api

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api. Dah lama saya tak share resepi udang masak lemak cili api kan? Rasanya ada tak yang teringin makan udang masak lemak cili api? Kalau ada yang teringin, meh la saya kongsikan resepinya seperti di bawah. Orite!

Udang apa yang sedap dimasak cili api ya? Sebaiknya udang yang bersaiz besar macam udang galah, udang harimau dan lainnya. Kalau saiz udang besar, senang sikit nak makan.. hehe
 
Resepi Udang Masak Lemak Cili Api


Udang masak lemak cili api boleh juga ditambah dengan hirisan kacang panjang di dalamnya. Sedap jugak, orang kata 2 in 1, dapat lauk dengan sayur sekali. Why not, kan??


Resepi Udang Masak Lemak Cili Api
Resepi Udang Masak Lemak Cili Api
 

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api  


Siapa lah tak suka makan udang kecuali mereka yang ada alahan dengan seafood tersebut. Kalau anda tak ada alahan dengan segala makanan, beruntunglah ya. Boleh makan apa saja tetapi trtap kena kawal pemakanan kita. 

Bahan-bahan;

500 gram udang besar - dibersihkan 
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa) 
3 batang serai - diketuk 
200 gram nenas - potong kecil
Garam secukup rasa

Bahan kisar;

15 tangkai cili padi
2 biji cili merah
2 inci kunyit hidup
1 cawan air

Cara Penyediaan;


1. Masukkan bahan yang dikisar, nenas, udang, serai, dan garam ke dalam periuk @ kuali. Masak sehingga mendidih

2. Masukkan santan pekat dan kacau rata. Biarkan mendidih sekali lagi

3. Perisakan dengan garam dan tutup api.

4. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi mudah udang masak lemak cili api, memang mudah nak buat. Kalau nak masak banyak, bahan-bahan tu tambahkan sesuai dengan jumlah udangnya. Okay๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ

Selamat mencuba.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.