Resepi Kek Susu Pisang Viral Cikgu Azlina Ina

Resepi Kek Susu Pisang Viral Cikgu Azlina Ina. Koleksi kek sedap cikgu Ina lagi, sambungan dari resepi terdahulu. Walau setiap resepi nampak macam susah nak buat, step by step pun macam confuse.. tetapi sebenarnya mudah je. Yang penting ikut setiap langkah, jangan skip pulak. Memang kurang menjadi kek kita tu..

Macam biasa, resepi ke enam ini adalah resepi Kek Susu Pisang yang pernah viral dulu hasil air tangan Cikgu Azlina Ina. Selamat mencuba!

Nota: Saya salin resepi dari FB Cikgu Azlina Ina untuk rujukan dan panduan semua. Lebih mudah faham... ok 👌👌 

Resepi Kek Susu Pisang Viral Cikgu Azlina Ina

Gambar kredit dari FB Azlina Ina Fans


6. Resepi : Kek Susu Pisang Viral Cikgu Azlina Ina


Resepi KEK SUSU PISANG viral mudah, mudah ke? Marilah kita cuba sama-sama..  


Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder 
1 sudu kecil soda bikarbonat 
3sb susu tepung 
ayak semua 

perhatian;

semua bahan diguna kena suhu bilik ya jangan sejuk. 

4 biji pisang berangan 
1 cawan minyak, tak kisah minyak ape pun 
1sk esen vanila 
1 cawan gula perang (kalau gula putih kurangkan sikit bg jangan manis sangat) 
3 biji telur 
blend semua, kalau ade mixer mix kan semua 

Cara penyediannya: 

1-. Bahan tepung diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi. 

2-. Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati. 

3-. Alaskan loyang dengan baking paper Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 1jam atau sehingga kek masak. Cucuk tengah dengan lidi (kalau lidi bersih tanda kek dah masak) . 

Kalau kukus, dalam 45 minit.kalau bekas kecik2 dalam 15 minit kukus atau bakar 20 minit. 

Catat Ulasan

0 Ulasan

close