Resepi Kek Red Velvet Sponge Cikgu Azlina Ina

Resepi Kek Red Velvet Cornetto Cikgu Azlina Ina. Kek Red Velvet Cornetto ilham air tangan cikgu kek yang femes di alam maya pembuatan kek. Tak ada yang tak sedap kek-kek dia. Banyak sangat feedback yang positif untuk semua kek buatannya. Siapalah yang tak suka kek, kan? Lebih-lebih lagi kek cheese leleh dengan perisa kayangan. So, harga pun kayangan la ya..

Tetapi, Cikgu Azlina Ina amat pemurah orangnya. Kalau tak mampu beli kek dia, dia bagi resepi untuk kita buat sendiri. Cari bahan-bahannya sendiri. Bagus kan? Siapa yng ada kemahuan pasti ada jalannya.

Nota: Saya salin resepi dari FB Cikgu Azlina Ina untuk rujukan dan panduan semua. Lebih mudah faham... ok 👌👌 



Gambar dari FB Azlina Ina Fans


Resepi 8 : Kek Sponge Red Velvet Cikgu Azlina Ina


Bahan kek red velvet sponge

A

majerin dicairkan sukat 1 cawan


B

1 cawan susu segar
+1sb cuka masakan
+2sb pewarna merah serbuk (wajib, kalau cecair colour red tak jadi cantik)
+1 sk soda bikar bonat
satukan semua dan biarkan 5 mnt


Dalam mangkuk lain,

C

5 biji telur
1 cawan gula
1 sb ovalate
2sk esen vanila
mix sampai kembang gebu


Seterusnya, bahan ayak dulu..

D

2 cawan tepung gandum
1sk baking powder
1/2 sb serbuk koko


Ok, dah kembang telur tadi slow kan mixer

Masuk kan B ke dalam C sampai habis ya

Baru tambah bahan A sikit2 sampai habis

last masuk kan bahan D sampai habis

siap, bakar atau kukus, kalau kukus.. panaskan pengukus dan kukus api sederhana (guna bekas aluminium foil, 25 minit) (guna bekas sq 450, 15 minit) 


Ganace

300g dark compound beryls
2sb majerin
2 cawan whipping dairy
masuk loyang dan masuk oven atau pengukus
whiskan dan tambah 3 sb nutella hazel kacau rata biakan 1 jam


500g cream cheese
1 cawan susu pekat
1 cawan whipping dairy
1 cawan 1/2 susu segar (tuang sikit-sikit ya  sebab cawan kita besar nye  tak sama)
blender sebati

Tuang atas kek dan sejuk beku kan kek. Siap untuk dimakan. 

Keluarkan tuang ganace lorek nutella dan tepi2 crumble dr lebihan kek red velvet itu sendiri.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close