Resepi Kek Sponge Coklat Susu Cikgu Azlina Ina

Resepi Kek Sponge Coklat Susu Cikgu Azlina Ina. Atau dalam FB dia tulis Resepi sponge milky cocolate cakes. Haa.. tu dia, kek span coklat sebenarnya. Rasa susu gitu. Anak saya suka ni, kek yang tak ada hiasan, kek asas je. Sebab kalau letak cheese atau cream, dia kata cepat muak. Biasa lah, budak lelaki mana suka kek yang complicated gitu. Hehe.. kalau ada pun yang kek oreo dari secret recipe. Itu je. Saya pulak suka mencuba. Semua kek saya akan rasa dan cuba. Tapi paling saya suka adalah carrot cake dan red velvet cheese leleh. 

Resepi yang saya kongsikan kali ini adalah resepi yang ke 9 dalam koleksi kek Cikgu Azlina Ina yang sedap-sedap.

Nota: Saya salin resepi dari FB Cikgu Azlina Ina untuk rujukan dan panduan semua. Lebih mudah faham... ok ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ 

Resepi Kek Coklat Susu Cikgu Azlina Ina

Gambar dari FB Cikgu Azlina Ina Fans


RESEPI 9 : Kek Sponge Coklat Susu Cikgu Azlina Ina


Kek ni nak makan kosong macam tu je pun sedap. Gebu sangat. Nak buat kek birthday pun boleh.. 


Bahan-bahan: 


5 biji telur gred B
1 sb ovalate
1 cawan gula halus (200-210g)
2 cawan tepung self rising (200g)
4sb /30g serbuk koko
1sb emolco coklat
1sk esen creamy vanila
1/4 cawan (60g) susu kotak coklat ducth lady

Mix semua guna low speed, dah sebati guna hight speed sampai warna dark brown jd soft brown (bergantung kelajuan mixer masing2)

Matikan mixer

Masukkan 1/2 cawan butter cair (kalau xde minyak jagung pn boleh..(70-80g)

Alas loyang 6" dgn baking paper

Tuang adunan 420g - akan dapat 2 loyang 


Cara Bakar:

panas kan oven dulu 180, masa 5 minit

hentak sket loyang dan bakar suhu 170 masa 45 mnt

api atas bawah

dah siap tebalik kan di board yg dilapik tisu dapur kemudian tebalik kan semula ya.

Siap.. kek gebu kita. Mudah je kan. Siapa kate buat kek susah.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.