Resepi Sambal Ayam Goreng Garing

Advertisement

Random Picks:

Resepi Sambal Ayam Goreng Garing. Kiranya macam ayam goreng kunyit la tetapi kali ni dia letak kicap. Nak kata ayam goreng berlada pun boleh jugak. Cuma ada sana sini yang boleh anda tambah sendiri. Makan lauk sambal ayam goreng garing ni memang tak boleh berhenti. Sedap sangat. Anda nak cuba?? Resepi simple je, ada kat bawah ni.  

Sesekali kita nak makan yang simple-simple je, betul tak? Benda yang boleh bukak selera dan senang nak buat. Tak perlu menu kayangan pun dah boleh makan berpinggan-pinggan.

Resepi Sambal Ayam Goreng Garing

Nampak sedap kan? Ayam dan sambal semua di goreng garing. Makan dengan nasi putih panas-panas. 

Sambal Ayam Goreng Garing


Resepi Sambal Ayam Goreng Garing 



Lauk paling di gemari dlm rumah kami terutamanya anak sulung saya. ..sambal ayam goreng garing.., sebabnya dia ala kombinasi ayam goreng kunyit dan kicap. Hehe..

Bahan:

Ayam-bersihkan ..potong kecik dan goreng garam kunyit 

2 biji lada besar @ cili masak *
10-15 biji cili padi * 
2 biji bwng besar *
3 ulas bwng putih *
sedikit belacan (tak nak pun tak apa..) *
2 sudu kicap manis
Garam n perasa
1 biji bwng besar-hiris bulat
Tomato ceri


Cara Penyediaan:



1. Kisar/ Mesin kasar bahan-bahan bertanda *. Tumis bahan yang telah dikisar hingga garing

2. Masukkan garam dan perasa. Masukkan kicap manis

3. Masukkan ayam yang siap di goreng tadi 

4. Kacau rata dan masukkan bwng hiris dan tomato ceri. 

Siap!!! credit : Mazliza Ahmad‎

Selamat mencuba resepi simple tetapi sedap yang dikongsikan di atas. Jika anda tak ada idea nak masak apa lunch nanti, inilah resepi yang boleh dicuba. Jumpa lagi pada siaran resepi yang lain ya..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.