Resepi Nasi Ayam Geprek Asli

Resepi Nasi Ayam Geprek Asli. Apa ayam geprek tu? Ayam geprek adalah ayam yang diketuk dan dileperkan. Jadi bila makan dengan nasi, ayam tu lebih mudah nak di makan. Bagus juga bagi anak-anak kecil yang nak makan, tak perlu nak potong untuk dia.. Mudah kan?

Resepi ayam geprek merupakan resepi yang berasal dari Yogyakarta. Namun sekarang dah boleh jumpa hidangan ayam geprek di negara kita.

Malah, ramai juga yang telah kongsikan hidangan ini di media sosial. Resepinya ada kat bawah, boleh cuba buat sendiri.

Set Ayam Geprek


Siapa yang tidak sukakan hidangan ayam geprek ini yang menggabungkan ayam goreng rangup yang diketuk dan di makan dengan sambalnya yang enak. Cara penyediaannya yang mudah dan ringkas serta rasanya yang unik menjadikan resepi ni sangat diminati oleh ramai orang. Rasa pedas, manis, masin dan masam menjadikan rasa sambal ini sangat unik. 

Resepi Nasi Ayam Geprek Asli
Gambar hiasan

Ayam geprek dimakan dengan set nasi putih dan sedikit ulam. Kemudian dicurah dengan sambal merah di atasnya.

Resepi Nasi Ayam Geprek Asli
Gambar hiasan

Saya sendiri ketika pertama kali mencuba resepi ini terus jatuh hati dengan rasanya. Saya tak buat. Hehe. Tapi masih lagi sedap. So, apa tunggu lagi jom kita buat ayam geprek ni.


Resepi Nasi Ayam Geprek Asli 


Bahan untuk ayam:

Ayam
Tepung Segera (perap ayam selama 30 minit)
1 Biji Telur Ayam
Tepung Segera

Bahan untuk sambal:

3 Ulas Bawang Putih
1 Biji Bawang Besar
2 Tangkai Cili Besar Merah
5-6 Tangkai Cili Padi
1 Biji Tomato
Gula
Garam

Cara-cara membuat ayam geprek:


1) Gaul ayam bersama tepung segera hingga rata. Perap selama 30 minit.
2) Pecahkan telur di dalam mangkuk dan sediakan pinggan yang berisi tepung segera.
3) Kemudian, celup ayam ke dalam telur dan salut dengan tepung segera hingga rata.
4) Goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
5) Selepas itu, goreng bawang putih, bawang besar, cili besar merah, cili padi dan tomato hingga masak (angkat tomato dulu sebab tomato cepat masak).
6) Setelah masak, angkat kesemua bahan lain dan tumbuk kasar. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata.
7) Akhir sekali, ambil ayam yang telah digoreng tadi ketuk sedikit dan letak sambal di atasnya. Sedia untuk dihidang.

Ayam geprek ni ada serupa macam ayam penyet. Cuma ayam penyet, ayamnya tak lah diketuk. Ulaman dia pun ada beza sikit. 

Resepi Nasi Ayam Geprek Asli

Resepi Nasi Ayam Geprek Asli

Kalau nak cuba resepi nasi ayam geprek, marilah cuba sehingga menjadi. Bila dah pandai boleh masak lebih adik beradik pulak merasa.. iya lah nak pergi Yogyakarta kan jauh. Masak sendiri lagi baik!

Catat Ulasan

0 Ulasan

close