Udang Masak Lemak Putih Sedap Dan Simple

Udang Masak Lemak Putih Sedap Dan Simple. Dah lah simple, tapi sedap sehingga bersih dikerjakan oleh anak-anak. Sebenarnya masak simple-simple je cukup buat anak-anak asalkan yang masak tu emak kesayangan dia orang. Hingga sekarang, anak-anak akan perhabis apa yang saya masak walau rupa masakan tu tak cantik macam dalam TV atau internet. Haha..

Udang Masak Lemak Putih Sedap Dan Simple

❤ADVERTISEMENT❤


Masak udang lemak putih tak perlu letak kunyit. Nanti jadi lemak cili padi pulak. Kan? Kemudian,,resepi ni saya main hiris je semua bahan, sebab nak rasa kelainan dari masak lemak cili padi. Oleh sebab itu, saya panggil masak lemak putih je.. 👍👍👍


Udang Masak Lemak Putih Sedap Dan Simple



Resepi udang masak lemak putih memang sedap dan mudah nak sediakan. Cuma, harganya atau kos agak mahal sebab udang saiz sederhana ni sekilo pun dekat RM32. Kalau masak sikit-sikit tak cukup, so saya masak semua 1 kg udang.

Bahan-bahan:

1 kg udang saiz sederhana - bersihkan buang kulit separuh
1 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
5 tangkai cili padi merah - hiris
2 inci halia - hiris
Perisa, garam dan gula secukupnya
1 kotak santan kara (santan segera faveret saya)

Cara Penyediaan;


1. Panaskan minyak. Tumiskan semua bahan hiris hingga naik bau.

2. Masukkan udang yang telah dibersihkan. Kacau seketika.

3. Tak perlu tunggu lama, masukkan pula santan kotak yang telah dibancuh dengan air secukupnya

4. Perisakan dengan garam, gula dan perasa yang dibenarkan

5. Mendidih sekejap, matikan api. Siap untuk dihidangkan.

Udang Masak Lemak Putih Sedap Dan Simple

Udang Masak Lemak Putih Sedap Dan Simple

Resepi udang masak lemak putih tapi nampak macam merah kuning kan? Sebab warna kulit udang, tu yang jadi warna macam tu. Dia tak akan jadi putih asli ya.. hehe

Selamat mencuba. 

Catat Ulasan

0 Ulasan

close