Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Belanja Barang Basah Untuk Seminggu

Belanja Barang Basah Untuk Seminggu. Salam hari minggu kepada peninat resepi di kisahresepi.com. Apa buat hari ini? Dah kemas rumah dan basuh @ lipat kain baju yang menggunung? Hehe.. saya tahu anda semua rajin, tak macam saya yang malas nak lipat kain baju setiap kali lepas membasuh. Tak tahu kenapa saya malas dan tak suka lipat kain. Saya suka membasuh dan menyidai je..

Aktiviti hari minggu macam gini, kita orang beli barang dapur basah, lauk pauk untuk seminggu. Dapat port orang jual segar-segar punya, kita terus order untuk seminggu. Senang nak manage belanja dapur..

Belanja Barang Basah Untuk Seminggu


Jom tengok apa yang kita dapat hari ini dari balik menjala kat pasar tadi.


Barisan ikan dan ayam yang kami beli. Ada juga sotong, mahal betul sekarang harga barang basah kan.. 

Belanja Barang Basah Untuk Seminggu



Kita orang beli,

  • Ikan kerisi 1 kg - RM18.00
  • Siakap 2 ekor - RM26.00 
  • Sotong 1 kg - RM35.00
  • Ayam 1 ekor - RM13.00

Disebabkan kat rumah ada 3 orang je, so saya rasa cukup kut barang basah yang dibeli tu. Ikan siakap tu saiz agak besar, maka boleh buat 2 jenis lauk @ menu. 

Sotong pula memang saiz besar, 1kg cuma dapat 4 ekor je. So, boleh buat sotong sambal makan dengan nasi lemak dan juga sotong goreng tepung. Hehe..

Cadangnya ayam 1 ekor kerat 16, boleh buat 2 kali masak, samada menu kari, sup atau goreng berempah. Tengok lah nanti..

Dan ikan kerisi ada 5 ketul, boleh goreng kunyit, goreng rangup-rangup. Haha..

Itulah cadangan dalam kepala ni waktu mencuci lauk-lauk tadi. Pasti ada perubahan menu jika si tukang masak ni terlebih rajin. 

So, kalau korang tak nak pening kepala.. belilah barang basah siap-siap seminggu sekali dan kemudian rancang nak masak apa setiap hari.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close