Resepi Asam Pedas Ayam

Advertisement

Random Picks:
Resepi Asam Pedas Ayam. Tak biasa makan ke asam pedas ayam? Kami dah biasa sejak dari kecik lagi. Lepas tu, duduk asrama pun ada je asam pedas ayam. Maka, asam pedas ayam dah biasa bagi tekak kita orang. Anak-anak pun suka juga makan lauk asam pedas ayam.

Asam pedas ayam sedap ni makan masa bersahur nanti. Antara menu yang biasa saya masak dalam bulan ramadan adalah asam pedas ayam. Lepas tu, buat telur dadar. Hmm.. memang terbaik lah. Makan pun banyak dan selera je.. 


Nampak tak berlinangnya minyak dan kuah asam pedas tu. Inilah gaya masak asam pedas paling best!! Tolak tepi tentang diet semua.. kita makan dulu.. 

 

Resepi Asam Pedas Ayam


Hidangan asam pedas ayam ni adalah perkongsian resepi dari blogger masakan Che Nom. Ada banyak resepi lain lagi yang sedap-sedap di blognya. Semoga bermanfaat.



Bahan-bahan: 

Bahan-bahan kisar halus:

Anggaran 20 biji cili kering
1/2 sudu besar lada hitam
4 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1-2 ketul kunyit
1 ketul kecil belacan
sedikit air

Bahan-bahan lain:

1 cawan minyak masak
1/2 sudu kecil halba
1/2 ekor ayam
1 batang serai
2-3 helai daun limau purut
1/2 cawan air pati asam jawa
1 kuntum bunga kantan
6 tangkai daun kesum
1 biji terung bulat
sedikit air, untuk lebih berkuah
1 sudu besar kerisik
garam dan gula secukup rasa
2 biji tomato
6 batang sayur bendi

Cara-cara masak asam pedas ayam


1. Cincang kasar bawang merah kecil, bawang putih, halia dan kunyit hidup.
Potong 4 tomato, terung bulat dan bunga kantan. Sayur bendi potong dan buang hujung je. Daun kesum, hiris kasar - persediaan nak memasak

2. Masukkan ke dalam blander cili kering (yang telah direbus dan buang biji), lada hitam, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, belacan dan sedikit air.
Kisar halus.

3. Panaskan minyak. Masukkan sikit halba. Tumis bahan kisar halus. Tambah sedikit air dan masak sampailah garing. Ulang proses tambah air dan masak kering sehingga 3-4 kali.

4. Bila cili dah masak, masukkan ayam.
Masukkan serai yang letah dititik atau ketuk sampai pecah. Masukkan daun limau purut dan masak sehingga kuah kering dan ayam separuh masak.

5. Masukkan air pati asam jawa. Kemudian masukkan bunga kantan, daun kesum, terung bulat, tambah air sikit dan masak sehingga kesemua bahan jadi lembut.

6. Masukkan kerisik (cara asam pedas Melaka). Masukkan gula dan garam secukupnya.
Masukkan tomato. Tambah air untuk lebih berkuah. Last sekali masukkan bendi.

Tips:

Untuk asam pedas style melaka, akan letakkan kelapa bakar atau kerisik.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.