Swiss Tart Cookies Comel Dan Sedap

Advertisement

Random Picks:
Swiss Tart Cookies Comel Dan Sedap. Biskut comel dan sedap, pasti ramai nak cuba? Anda tak nak cuba? Anak-anak sukalah, sebab warna dan cute je bentuk dia. Resepi biskut swiss tart ni saya share dari FB resepi dan semoga ia boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang nak buat biskut swiss tart ini. 

Bagi saya pula, nak buat biskut tak lah semudah kita tengok resepinya. Sekali pandang, macam senang, 2 kali pandang.. alamak, ada benda yang tak lengkap. So, kalau korang nak buat resepi swiss tart ni kenalah rajinkan diri. Jangan macam saya yang mudah patah semangat. Hehe..

Swiss Tart Cookies Comel Dan Sedap

Swiss Tart Cookies Comel Dan Sedap


Swiss Tart Cookies Comel Dan Sedap



Bahan-bahan :

๐Ÿช 150 gram butter
๐Ÿช 50 gram gula icing (diayak)
๐Ÿช 150 gram tepung gandum (diayak)
๐Ÿช 50 gram tepung jagung (diayak)
๐Ÿช sedikit esen vanilla
๐Ÿช strawberry filling

**kalau nak buat banyak, boleh gandakan adunan

Cara-cara buat swiss tart cookies  :

1) Putar butter dan gula icing hingga kembang
2) Masukkan esen vanilla. Putar lagi
3) Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Putar lagi hingga sebati dan tidak berketul. Adunan ni lembik sedikit, tak seperti cookies yang lain ye.. Sebab adunan ni kita nk piping dan guna nozzle. Tu pasal adunan lembik.
4) Masukkan adunan kedalam piping bag dan guna nozzle no 22 .
5) Alas dengan parchment paper, silicon mat atau loyang yang disapu butter.
6) Piping satu-satu hingga habis. Piping strawberry filling ditengah-tengah
7) Bakar dgn suhu 150 darjah selama 20 minit atau hingga masak. Adjust ikut oven masing-masing

credit : Anith Syazwani‎ dari FB

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.