Ikan Selar Bakar Sambal Sedap

Ikan Selar Bakar Sambal. Paling sedap. Dengan sambal pekat, perahan limau kasturi di atasnya. Dengan bau serai lagi.. sedapnya! Nak sediakan ikan bakar sambal tak la susah sangat, cuma nak sediakan benda nya tu yang malas. Betul tak? Kalau bulan ramadhan, ramai orang jual ikan bakar terutamanya pari bakar, dari saiz kecil sampai yang besar.. semua ada. Kalau ada rezeki lebih, boleh beli je... 
Ikan Selar Bakar Sambal Sedap
Gambar ehsan Google, sedap kan? 


IKAN SELAR BAKAR SAMBAL SEDAP

Ikan bakar selar yang dibakar di salut sambal sebelum dipanggang @ bakar. Disalut luar nya pula dengan daun pisang. Memang sedap!!

Bahan kisar :

3 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 cm belacan
1 biji tomato

Bahan bahan :

Ikan Selar (saiz besar lagi best..)
Cili kisar
Daun pisang
3 biji atau lebih limau kasturi
Garam

Cara-cara Penyediaan :


1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan cili kisar dan tumis sampai naik minyak. Masukkan garam dan perasa. Bila dah garing, angkat dan ketepikan.

2. Letak sedikit sambal atas daun pisang kemudian letak ikan. Tutup ikan dengan sambal sekali lagi dan balut ikan tu dgn daun pisang elok-elok.  Bakar ikan hingga masak.

3. Perahkan limau sebelum dihidangkan. 

Kredit: unclenublikumz

Selamat mencuba. Resepi ini dari koleksi resepi FB dan amat mudah disediakan. 

Catat Ulasan

0 Ulasan

close