Resepi Bubur Cha Cha Sedap

Advertisement

Random Picks:
Resepi Bubur Cha Cha Sedap. Entah kali ke beraa,saya dah masak bubur cha cha bulan ini. Bubur cha cha kegemaran anak bujang saya. Kalau dia yang mintak, kita tak boleh letak keledek atau pisang kecuali sagu mata ikan je la.. Kalau masuk juga pisang atau keledek, dia akan tapis dan asingkan. Dia cuma akan makan tepung cha cha tu je dengan sagu mata ikan. Kalau abang dia, segala benda dimakan. Mungkin sebab dah besar kut..

Bubur cha cha sedap
Bubur cha cha yang saya campurkan dengan buah kabung. Sedap sangat, sebelum makan sejukkan dulu.
Memang best!

 

Resepi Bubur Cha Cha Sedap


Hari ini kita buat bubur cha cha simple tapi sedap. Sesiapa tak pernah masak bubur cha cha, marilah cuba. Senang sangat..

Bahan-bahan:

1 bungkus kecil cha cha
1 kotak kecil santan - bancuh dengan air secukupnya
1 ketul gula melaka
2 sudu makan gula pasir
Sedikit garam
3 sudu makan sagu biji, rendam dulu
1 ikat daun pandan

Cara penyediaan bubur cha cha sedap


1. Rebus dulu tepung cha cha hingga mendidih, toskan dan letak tepi dulu

2. Masak gula melaka dalam 2 mangkuk air. Masak hingga cair. Masuk sekali dengan pandan yang diikat kemas

3. Masukkan tepung cha cha tadi. Kacau rata. Masukkan garam dan santan.

4. Bila bubur cha cha dah kembang, masukkan sagu mata ikan. Masukkan gula pasir secukupnya. Kalau tak suka manis, kurangkan.

5. Bila dah mendidih, matikan api. Sedia di hidang.

Makan dengan roti atau biskut tawar pun sedap. Kalau anda suka bubur cha cha yang sejuk, simpan dalam peti ais seketika.

Selamat mencuba.

Resepi bubur cha cha

Resepi bubur cha cha

Resepi yang amat mudah tapi agak digemari oleh kanak-kanak. Bubur cha cha yang warna warni memang menarik kanak-kanak untuk sukakannya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.