Resepi Ayam Buttermilk Cara Mudah

Advertisement

Random Picks:
Resepi Ayam Buttermilk. Resepi ayam paling ramai yang suka dan mendapat carian yang tinggi dari blog kisahresepi.com. alhamdulillah... sama macam saya, suka search menu ayam sebab paling banyak menu boleh dimasak seperti ayam masak merah, ayam masak kicap, masak kari, ayam buat sup, masak rendang dan macam-macam lagi.

Kali ini marilah kita pakat-pakat buat ayam buttermilk yang mudah tetapi sedap. Yang penting mudah tu, ramai yang akan suka.  

Resepi Ayam Buttermilk Cara Mudah


Resepi Ayam Buttermilk Simple


Bahan-bahan:

Ayam bahagian dada
susu cair
bawang putih, hiris halus (xguna bawang besar)
Butter
daun kari
cili padi

Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:

2-3 sudu besar tepung serbaguna bestari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya

Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan air.
Masukkan telur dan garam ke dlm mgkuk pastu masukkan ayam dan gaulkan sebati.

Masukkan tepung serbaguna bestari (pedas) dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Cara-cara untuk masak ayam buttermilk:


1. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau. (Kalau  tak mau pedas jgn bubuh cili)

2. Masukkan susu cair. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Bubuh garam dan gula secukupnya. Siap ! ❤️

From Nurul Q Aini, dari FB

Semoga berjumpa lagi di lain resepi yang mudah tetapi sedap! Semua orang boleh memasak, yang penting cuma rajin je.. ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.