Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ayam Masak Thai Super Sedap

Ayam Masak Thai Super Sedap. Kalau tak sedap tak la viral kat FB. Ya dak? Asyik lalu lalang kat FB wall saya, maka terlintas nak tengok resepinya. Ohh! Mudah je rupanya, tak perlu pergi Thai kalau nak makan ayam masak Thai. Cukup tahu bahan-bahannya dah boleh rasa keenakan ayam masak Thai.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Ayam Masak Thai Super Sedap
 

Ayam Masak Thai Super Sedap


BAHAN-BAHAN 

1/2 ekor ayam 
1 batang serai - diketuk
2 sb sos tiram 
2 sb sos tomato 
2 sb sos ikan 
4 helai daun limau purut - koyakkan 
1 biji tomato - potong wedges 
Air secukupnya 
Bawang holland - dihiris 
Cili padi - dihiris 

Bahan tumbuk : 

5 biji cili padi 
1 biji bawang merah - sederhana besar 
3 ulas bawang putih 
1 inci halia 
 

CARA MEMASAK AYAM MASAK THAI


1) Perap ayam dengan garam kunyit. Goreng sehingga garing. Ketepikan. 

2) Panaskan lebihan minyak goreng ayam, tumis serai dan bahan tumbuk hingga garing. 

3) Masukkan sedikit air, sos tiram, sos tomato dan sos ikan. Masak sehingga pekat. 

4) Masukkan pula daun limau purut dan tomato. Gaul rata. 

5) Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama hirisan bawang holland dan cili padi. Gaul rata 2,3 minit. 

Bolehlah matikan api. Siap! 

Boleh masukkan garam dan gula. Tak letak sebab semua jenis sos dah sedia masin. ⭐ 

Credit to : Facebook ✌🏻 Olahan : tihiecikman #BIKMM

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close