Resepi Popiah Bergedil Simple Tapi Sedap

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Resepi Popiah Bergedil Simple Tapi Sedap

Resepi Popiah Bergedil Simple Tapi Sedap

 
Secara amnya popiah bergedil ni adalah kita buat inti bergedil dia tu kemudian salut dengan kulit popiah. Kreatif orang zaman sekarang.. banyak telah di inovasi kan.. 

Jom kita cuba buat sama-sama popiah bergedil ni, sure sedap tak terkata!

Resepi Bahan Bergedel: 

- Kentang direbus sampai empuk & dilenyek 
- Sayur campur rebus/celur sekejap 
- Ayam/Daging hancur yang dimasak 
- Bawang goreng 
- Daun Sup  
- Lada sulah/lada hitam secukup rasa 
- Garam secukup rasa 

##Gaul kesemua bahan, ikut banyak mana nak la ye. 


Kulit Popiah: 

Beli yang saiz sedang je, nanti popiah bergedil tu nampak comel.. 😅

Cara Penyediaan Popiah Bergedil


1. Gulungkan isi bergedel. Gamkan hujung menggunakan air kosong 

2. Terbalikkan untuk masak yang sekata sehingga warna keemasan macam dalam gambar ni. Angkat dan tapis minyak. 

Resepi Popiah Bergedil Simple Tapi Sedap
Goreng popiah bergedil dalam minyak terendam


3. Boleh hias dengan cili potong, bawang goreng dan makan dengan cili kicap. Marvellous! 

Nota: 

Kalau buat lebih dan simpan dalam peti, keluarkan dalam 30-40 minit untuk kulit lembut semula sebelum goreng. Kalau keras kejung nanti mudah pecah masa goreng. Api pun kena control supaya tak mudah pecah semasa menggoreng. 

Simple kan? Tapi sedap tau.. selamat mencuba.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close